Enggan cerai kerana nafkah
"Beberapa bulan lalu saya mengikuti kisah isteri berhadapan dengan kerenah suami dan mahkamah syariah bersabit masalah cerai yang masih belum selesai.
Saya bawakan isu ini kerana menghadapi masalah yang sama. Dah lama saya bersabar dengan kerenah suami dan mahkamah syariah, bila sampai tahap sakit jiwa saya bertindak keluar rumah bersama anak-anak. Kini sudah masuk tiga bulan.’’ Demikian cerita NurEllyna dalam emelnya dan ketika kami berbual di telefon.
‘‘Masalah lafaz cerai ini hanya saya yang tahu dan sedar bahawa suami saya Azmin tidak pernah berdusta melafazkan cerai terhadap saya. Dan dia melafazkan dalam keadaan sedar kerana dia memang sudah bencikan saya. Namun depan hakim dia nafikan sebab dia ada strategi tertentu.
‘‘Pertama kerana dia terang-terang mahukan saya dapat sakit jiwa, hidup tak tenteram dan sentiasa menderita. Kedua, dia tak mahu sara anak-anak dengan memberi nafkah, dia tak mahu gajinya dipotong. Ketiga, dia juga tak mahu jaga anak-anak.
‘‘Jadi bila saya dah tak tahan disebabkan perbuatannya hingga saya sakit jiwa, maka saya akan bertindak keluar rumah itulah yang ditunggu-tunggunya. Pasti dia tuduh saya nusyuz, hakim pun setuju sebab kerja senang, maka terlepaslah dia daripada tugas memikul tanggungjawab memberi nafkah anak-anak. Dan dia akan lepaskan tugas itu kepada saya untuk memikulnya.
‘‘Yang peliknya depan hakim dia kata tak pernah ceraikan saya, hakikatnya itulah hajatnya. Balik rumah dia masih tidak pernah berubah, tetap dengan aktiviti liarnya dengan teman wanitanya, keluar malam balik subuh, dan sering tak balik ke rumah. Sebab dia memang tak sukakan kami anak beranak. Dan dia mengaku tidur di rumah kekasihnya.
‘‘Hingga akhir tahun ini sudah lebih setahun kes perceraian saya tak selesai. Bila mahkamah panggil dia guna taktik sekejap datang sekejap tidak. Sebab dia tahu memang mahkamah syariah tak ada kuasa nak tangkap apa lagi penjarakan dia kalau dia tak datang ke mahkamah.
‘‘Saya bosan dengan sikap suami yang tak takutkan mahkamah syariah begitu juga mahkamah syariah yang tak ada kuasa menasihatkan suami, kecuali menasihatkan isteri supaya terus bersabar. Maka saya rasa adalah membuang masa sahaja kalau saya terus ke mahkamah syariah. Sebab itu saya ambil tindakan keluar rumah.
‘‘Saya tahu dia akan dakwa saya nusyuz sebab keluar rumah tanpa keizinannya. Dakwalah. Saya pun dah tak takut. Apa mahkamah syariah boleh buat atas diri saya. Sebenarnya suami saya pula memang menunggu kesempatan ini sebab dia nak ambil rumah yang kami beli. Dia memang nak halau saya, dan itulah satu cara yang memudahkan dia mencapai hajatnya.
‘‘ Dia ada kekasih dan merancang nak kahwin, tapi kekasihnya tak mahu bermadu, sementara dia pulak tak mahu menceraikan saya sebab tak mahu bagi nafkah anak-anak.
‘‘Memang saya bertindak keluar rumah sebab sakit hati dan tak sanggup lagi dianiaya zahir dan batin. Namun adik-beradik dan ibu saya menasihatkan supaya saya kembali ke rumah. Kata mereka daripada menyewa rumah kecil, biarlah tinggal di rumah sendiri. Sebab selama ini saya yang bayar, bukan suami saya, sementara emak saya yang keluarkan duit muka dahulu.
‘‘Akhirnya baru-baru ini saya terpaksa buatl keputusan pulang ke rumah dengan perasaan yang amat tertekan. Rumah kami dah jadi macam rumah tinggal. Azmin masih balik ke rumah bila dia suka. Tetapi dia tidak pernah ambil peduli tentang kebersihannya.
‘‘Cerita paling menarik bila hendak pulang ke rumah, semua kunci dan mangga pintu dan pagar telah ditukar, tujuannya supaya saya tak boleh balik semula atau mengambil barang barang saya yang tinggal. Tetapi adik-beradik saya lebih pandai, ada juga jiran yang datang membantu mereka tolong panggilkan tukang kunci, jadi semua masalah selesai.
‘‘Bila masuk barulah kami dapat lihat keadaan rumah macam rumah tinggal. Kotor, berbau busuk dan pakaian bersepah-sepah. Sebenarnya itulah sikap suami saya dia memang tak tahu jaga kebersihan. Tapi bila dia tahu saya balik, dia pun balik serta merta.Dia halau saya keluar. Kami bergaduh besar. Jiran tetangga datang menasihatkannya, begitu juga adik-beradik saya yang membantu saya bersihkan rumah.
‘‘Mereka nasihatkan kalau nak suruh isteri keluar rumah buatlah cara betul kerana saya masih bertaraf isteri. Dia tuduh saya nusyuz. Nasihat mereka kami pergi mahkamah syariah tentukan status perkahwinan kami. Kalau nak suruh keluar juga lafazkan cerai, biar ada saksi, selepas itu tahulah kami adik-beradik nak bertindak.
‘‘Kerana terasa malu dan bersalah agaknya,mungkin juga kerana terlalu marah dia terus keluar rumah tapi masih tidak mahu menceraikan saya.
‘‘Sebenarnya dia dalam proses memujuk kekasihnya supaya terima taraf bermadu, sambil berjanji tetap tidak akan pulang ke rumah saya.
‘‘Tetapi masalahnya keluarga kekasihnya tak mahu anak perempuannya bermadu. Sebab itulah semua taktik Azmin untuk memujuk kekasihnya gagal.
Azmin terlupa dia akan menjawab di akhirat kelak. Namun Allah Maha Pengasih dan Maha Mengetahui, biasanya pembalasan yang Allah berikan tak perlu tunggu akhirat , tetapi dibalasnya semasa kita masih di dunia lagi, tanpa kita sedari. Saya reda tapi saya tak izinkan Azmin mendekati saya, sebab secara sah dan saya sedar bahawa dia telah menceraikan saya. Walaupun mahkamah syariah masih menunggu untuk memberikan keputusan yang tak tahu bila.
‘‘Saya rasa ramai wanita menghadapi masalah seperti ini. harapan saya mahkamah syariah bertindak lebih tegas, janganlah menzalimi kaum wanita kerana kami tak ada kuasa talak.’’ Itu harapan Nur Ellyna mengakhiri perbualan kami.
~ Utusan

Tag :
Isu Rumahtangga
0 Komentar untuk "Enggan cerai kerana nafkah"