Puasa Sunat Di Bulan Muharram

Hadis Sahih tentang PUASA Muharram

Dari Abu Hurairah radhiallahu anhu dia berkata : Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda :

“Seutama-utama puasa setelah Ramadhan ialah puasa di bulan Muharram dan seutama-utama solat sesudah solat fardhu ialah solat malam.” (HR. Muslim no. 1163)

Dari Ibnu Abbas radhiallahu anhuma dia berkata :

“Rasulullah shallallahu alaihi wasallam mendatangi kota Madinah, lalu didapatinya orang-orang Yahudi berpuasa di hari Asyura. Maka beliau pun bertanya kepada mereka, “Hari apakah ini, hingga kalian berpuasa?” mereka menjawab, “Hari ini adalah hari yang agung, hari ketika Allah memenangkan Musa dan kaumnya dan menenggelamkan Fir’aun serta kaumnya. Kerana itu, Musa puasa setiap hari itu untuk menyatakan syukur, maka kami pun melakukannya.

”Maka Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Kami lebih berhak dan lebih utama untuk memuliakan Musa daripada kalian.” kemudian beliau pun berpuasa dan memerintahkan kaum puasa di hari itu. (HR. Al-Bukhari no. 3145, 3649, 4368 dan Muslim no. 1130)

Dari Abu Qatadah Al Anshari radhiallahu anhu dia berkata :
َ
“Rasulullah shallallahu alaihi wasallam pernah ditanya mengenai puasa pada hari ‘Asyura, beliau menjawab : “Ia akan menghapus dosa-dosa sepanjang tahun yang telah berlalu.” (HR. Muslim no. 1162)

Dari Ibnu Abbas radhiallahu anhuma ia berkata : Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda :
َ
“Seandainya tahun depan aku masih hidup, nescaya saya benar-benar akan berpuasa pada hari ke sembilan (Muharram).” (HR. Muslim no. 1134)

Perintah beliau kepada para sahabat untuk berpuasa 10 muharram menunjukkan puasanya ini hukumnya wajib. Akan tetapi setelah ramadhan diwajibkan, puasa inipun menjadi sunnah, sebagaimana yang diterangkan oleh para ulama.

Hadis Abu Hurairah di atas menunjukkan bahawa puasa Muharram merupakan puasa sunnah yang terbaik dan terutama, dan keutamaannya adalah Allah akan mengampuni semua dosa setahun yang lalu. Hanya saja yang dimaksud dengan semua dosa di sini hanyalah dosa-dosa kecil, kerana dosa-dosa besar tidak akan diampuni oleh Allah kecuali dengan taubat dan rahmat dari Allah.

Berdasarkan hadis Abu Hurairah bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda :

“Solat lima waktu dan solat Jumaat ke Jumaat berikutnya dan Ramadhan ke Ramadlan berikutnya adalah penghapus untuk dosa antara keduanya apabila dia menjauhi dosa besar.” (HR. Muslim no. 342)

Hadis ini termasuk dalil terbesar yang menunjukkan disyariatkannya mukhalafah (berbeza) dengan ahli kitab, kerana tatkala orang-orang Yahudi juga berpuasa pada tanggal 10 Muharram, Allah Ta’ala melalui lisan Rasul-Nya menurunkan syariat baru berupa berpuasa pada tanggal 9 dan syariat ini diturunkan semata-mata agar puasa kaum muslimin berbeza dengan puasa yahudi.

Adapun hadis yang memberikan pilihan untuk berpuasa sehari sebelumnya (9 hb) atau sehari setelahnya (11 hb) maka dia adalah hadis yang lemah. Puasa Muharram hanya dilakukan pada 9hb dan 10hb.

Hadis ini juga menunjukkan bahawa syariat umat sebelum kita dapat menjadi syariat kita jika Nabi alaihishshalatu wassalam menyetujuinya.


Tag : Renungan
0 Komentar untuk "Puasa Sunat Di Bulan Muharram"
Back To Top