Tripadvisor memang bermanfaat

Cuti persekolahan sudah tiba, pasti ramai ibu bapa yang membawa anak mereka melancong ke destinasi menarik di luar bandar atau kampung masing-masing.

Umumnya kaedah yang biasa digunakan termasuk menempah hotel, membeli tiket kapal terbang, membuat sedikit penyelidikan mengenai destinasi yang dituju.

Selain daripada cakap-cakap dengan rakan atau saudara terdekat, mungkin anda boleh mendapatkan nasihat aplikasi pelancongan yang sebelum ini terkenal dengan portalnya iaitu TripAdvisor.

Boleh dikatakan, ia amat berguna bagi mengetahui keadaan hotel yang dituju sebelum anda menempahnya.

Kebanyakan maklum balas yang dikongsi dalam TripAdvisor boleh dikatakan berguna dan bermanfaat.

Apatah lagi dengan kesediaan aplikasi, ia lebih memudahkan meskipun anda sudah tiba di destinasi yang dituju.

Misalnya ciri `Near Me Now' memberi maklumat berkaitan restoran, hotel dan lokasi tarikan di kawasan berhampiran anda. Lebih mudah untuk anda mengetahuinya dulu sebelum membuat perancangan yang rapi.

Jika sebelum ini anda sering membuang masa berjalan tanpa arah tujuan, pindah turun aplikasi ini dan bersedia mendapatkan nasihat yang meluas.

Malah anda juga boleh memberi maklum balas mengenai percutian anda yang mampu memberi manfaat kepada orang lain pula nanti.

Tag : Kembara
0 Komentar untuk "Tripadvisor memang bermanfaat"
Back To Top