Memiliki laman secantik padang golf mudah jika tumpuan dan seluruh tenaga serta wang ringgit sanggup dikeluarkan untuk tujuan berkenaan. Namun, pertimbangan juga harus diberikan kepada keluasan laman yang ada.
Mengapa membazir wang, tenaga serta masa hanya untuk memberikan tumpuan kepada rumput yang mahu di tanam dalam ruang yang kecil. Justeru, lebih baik membuat pilihan dengan mencari rumput alternatif yang sesuai tetapi masih cantik menghiasi laman.
Penggunaan rumput yang biasa untuk kediaman dan popular di Malaysia adalah Cowgrass, Bermudagrass , Serangoongrass dan Zoysiagrass. Selain itu, kini ada yang berminat menanam spesis rumput Paspalum vaginatum yang sesuai dengan kawasan berhampiran pantai.
Terkini, ramai yang memilih rumput mondo yang juga dikenali sebagai Kyoto Dwarf atau nama saintifiknya Ophiopogon japonicus sebagai pengganti rumput. Tumbuhan ini bukan dalam kategori rumput sebaliknya tumbuhan dalam famili lili namun karakternya mirip rumput menyebabkan ramai yang memanggilnya sebagai rumput.
Mudah ditanam
Tumbuhan ini mudah ditanam dan penyelenggaraannya pun mudah dan menjadi tumbuhan hiasan yang semakin digemari ramai.
Malah, pokok ini dikatakan nampak cantik jika dibiarkan panjang, berbeza dengan rumput biasa yang cantik jika dipotong pendek.
Setengah pendapat menyatakan tumbuhan ini asalnya pokok penghias akuarium atau taman akuatik, namun dalam spesies yang berbeza.
Sebagai penghias laman, selain menjadi penutup bumi, pokok ini juga cantik menjadi penutup sempadan dan laluan pemijak kaki dalam laman.
Malah, pereka landskap menggunakan pokok yang juga dikenali sebagai rumput monyet ini berselang seli dengan konkrit dan pemijak kaki yang menjadi laluan dalam laman.
Disebabkan ia bukannya tumbuhan spesies rumput, pokok ini lebih tinggi daripada rumput. Salah satu kultivar dalam tumbuhan ini adalah Nanus Mondo yang boleh meninggi sehingga tiga inci manakala Kyoto Dwarf meninggi sehingga 1.5 inci.
Tak perlu banyak baja
Menariknya, tumbuhan ini tidak perlu banyak baja dan tidak mempunyai banyak musuh (serangga atau penyakit). Ia tidak cepat panjang kecuali jika terlalu banyak baja atau terlalu banyak lindungan.
Pokok ini juga sesuai jika ditanam di bawah teduhan pokok, mempunyai akar yang cetek menyebabkan pokok tidak tahan kemarau.
Mempunyai daun berwarna hijau pekat, penjagaan tumbuhan ini mirip Cowgrass. Jika ditanam dengan pendedahan kepada cahaya matahari, pertumbuhannya lebih laju dengan warna daun lebih cerah. Warna daun menjadi lebih gelap jika di tanam di kawasan yang redup.
Satu lagi kelebihan tumbuhan ini, rupanya yang gebu seperti permaidani menyebabkan laman yang menggunakan rumput ini nampak lebih menarik.
Oleh Rohaniza Idris

Tag :
Petua Dan Tips
0 Komentar untuk "Penggunaan rumput untuk kediaman"