Penyakit jantung koronari (CHD)
Memang perit apabila disahkan menghidap penyakit jantung koronari (CHD) yang juga pembunuh nombor satu dunia. Rata-rata rakyat negara ini kurang peka terhadap kesihatan diri mereka.
Ini dibuktikan apabila majoriti orang ramai masih tidak sedar diri mereka didiagnos penyakit ini. Kebanyakan rakyat Malaysia bersifat reaktif dan bukannya proaktif mengenai CHD.
Berdasarkan kaji selidik dilakukan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) terhadap 414 pesakit, 73 peratus responden mendedahkan tidak pernah menjalani ujian kesihatan jantung secara berkala sebelum disahkan menghidap CHD.
Malah 83 peratus responden tidak mengambil langkah proaktif dalam mendapatkan maklumat lanjut mengenai sten koronari sebelum menjalani prosedur angioplasti koronari.
Dalam kaji selidik itu, 414 pesakit yang menderita CHD dan telah menjalani prosedur Percutaneous Coronary Intervention (PCI) dan pemasangan sten diajukan soalan mengenai pengetahuan mereka dalam CHD angioplasti koronari dan sten koronari yang diamalkan dalam rawatan ini.
Kaji selidik ini diadakan bagi memberi penerangan mengenai faktor risiko jantung dan pilihan rawatan yang sedia ada serta meningkatkan pemahaman pesakit akan isu berkaitan.
CHD berlaku akibat pembentukan plak dalam saluran darah atau arteri koronari dan keadaan ini dipanggil aterosklerosis menyebabkan saluran darah yang asalnya licin dan elastik menjadi sempit serta aliran darah ke jantung tersekat.
Jantung terdiri daripada otot dan empat injap. Organ ini memerlukan bekalan oksigen yang mencukupi untuk berfungsi dengan baik. Bekalan oksigen ini diperoleh daripada pembuluh darah jantung yang juga dikenali sebagai arteri.
Pembuluh darah jantung ini terletak pada permukaan jantung dengan setiap individu mempunyai tiga pembuluh darah utama. Apabila satu atau lebih pembuluh darah ini menjadi sempit akibat pemendapan kolesterol, aliran darah tidak dapat sampai ke jantung.
Ketua Kardiologi Pusat Perubatan Universiti Malaya (UMMC) Prof Dr Wan Azman Wan Ahmad menjelaskan, penyakit kardiovaskular ini menyumbang 25.6 peratus kepada jumlah kematian tahun lalu iaitu satu dalam empat kematian di Malaysia.
"Kajian terkini mendapati jumlah pesakit wanita dan kanak-kanak makin meningkat berbanding dulu yang berpunca daripada beberapa faktor antaranya penafian dan tiada simptom jelas.
"Malah kebanyakan mereka juga tidak menyedari tentang kewujudan CHD serta tidak tahu mengenainya. Ramai yang datang berjumpa doktor ketika benar-benar sakit dan pada peringkat yang tidak boleh diselamatkan," katanya kepada media di pusat perubatan itu baru-baru ini.
Menurutnya lagi, meskipun terdapat responden sedar mengenai simptom CHD, hanya 27 peratus saja yang menjalani pemeriksaan jantung secara berkala. Selain itu ramai yang menganggap penyakit jantung hanya boleh dirawat dengan pembedahan jantung serta pengambilan ubat yang berterusan.
"Kini terdapat rawatan yang dipanggil pembedahan angioplasti yang dapat membantu pesakit jantung khususnya CHD. Angioplasti ialah kaedah memasukkan alat yang membawa belon ke dalam salur darah tersumbat.
"Apabila sampai ke bahagian ini, belon dikembangkan untuk membuka semula saluran darah yang sempit akibat pengumpulan plak kolesterol sebelum dikuncupkan dan ditarik keluar. Bagaimanapun, ramai pesakit mengalami penguncupan semula salur darah di bahagian tersumbat itu selepas belon dikeluarkan," katanya.
Sten (berbentuk cincin) arteri koronari adalah gegelung keluli tahan karat berbentuk tabung yang digunakan untuk membuka pembuluh darah arteri koroner yang tersumbat dalam prosedur angioplasti.
Sten itu dikuncupkan hingga mencecah diameter terkecil di mana di dalamnya ada kateter belon. Sten dan belon akan diarahkan ke bahagian yang tersumbat.
Ketika belon dikembungkan, sten juga membesar, sesuai dengan ukuran dan bentuk serta melekat di dinding dalam pembuluh darah. Ini memastikan arteri sentiasa terbuka ketika belon dikecilkan kembali lalu dikeluarkan. Sten akan kekal di arteri, menjaganya supaya sentiasa terbuka, selain meningkatkan aliran darah ke otot jantung dan menyembuhkan gejala CHD.
Lama-kelamaan, dinding arteri akan sembuh dan bahagian dalam arteri (endotelium) tumbuh di sekitar gegelung keluli daripada sten untuk menjaga arteri supaya terus terbuka.
Sten arteri koronari adalah salah satu prosedur angioplasti. Angioplasti adalah terapi minimal invasif yang dilakukan di hospital untuk membuka arteri yang tersumbat menggunakan kateter dengan belon di hujungnya.
Tiub kateter dimasukkan ke dalam sistem pembuluh darah jantung sama ada melalui di celah pangkal paha atau salur darah pada lengan dan kemudian berjalan melalui pembuluh darah utama menuju tempat yang tersumbat.
Belon dengan ukuran kecil diletakkan di hujung kateter, belon kemudian dipam sehingga menjadi besar untuk melebarkan arteri dan mengurangkan sekatan atau tersumbat.
Antara faktor yang menyumbang masalah CHD adalah sejarah keluarga yang mempunyai penyakit jantung atau strok, obesiti, kandungan kolestrol tinggi, kencing manis, peningkatan usia dan tekanan darah tinggi.
Jenis sten
* Bare Metal Stent (BMS)
* Drug Eluting Stent (DES)
* Bio-engeneered Stent
* Bioresorbable Vascular Scaffold (BVS)
* Dual Therapy Stent (DTS)
Penyakit Kardiovaskular
* Penyakit kardiovaskular (penyakit jantung dan strok) menyumbang 25.6 peratus kepada jumlah kematian tahun lalu, iaitu satu dalam empat kematian di Malaysia.
* Penyakit ini masih menjadi penyebab kematian nombor satu di hospital kerajaan dan kadarnya sama bagi lelaki dan juga wanita.
* Lebih 97 peratus kardiologi bimbang dengan kadar pemulihan arteri yang lambat , 75 peratus kardiologi membincangkan risiko yang dikaitkan dengan pemulihan arteri yang lambat dikalangan pesakit mereka.
* Dianggarkan 41 peratus pakar kardiologi sering memilih stent berdasarkan kesedaran dan kefahaman mereka terhadap situasi arteri yang lambat pulih.
* Hampir 99 peratus pakar kardiologi bersetuju stent generasi akan datang perlu menangani cabaran pemulihan arteri yang lambat.
Oleh Hidayatul Akmal Ahmad

Tag :
Masalah Jantung
0 Komentar untuk "Penyakit jantung koronari (CHD) pembunuh nombor satu dunia"