Bahaya beg tangan
Setiap wanita membimbit beg tangan dan selalunya saiz beg berkenaan besar dan berisi pelbagai barangan yang dilabel 'keperluan wajib' mereka.
Tanpa disedari, membawa beg tangan sarat berisi mendatangkan risiko kepada kesihatan dan tubuh.
* Terlalu berat
Wanita memang mempunyai tabiat luar biasa kerana mereka akan mengisi beg tangan dan menjinjit barang dengan berat sekurang-kurangnya satu hingga tiga kilogram setiap hari.
Walaupun ada ketika mereka membawa dompet lebih kecil, tapi selalunya akan ada barangan lain yang dibawa bersama kerana berasakan ia penting.
Membawa barang berat seperti ini dan pada masa sama perlu mengimbangi beg pada siku atau bahu boleh mencederakan otot dan tulang. Ia memberikan kesan negatif kepada tulang belakang, bahu dan lengan.
* Alat mekap tamat tempoh
Bawa semua barang adalah tabiat buruk wanita apabila mereka tidak memilih alat mekap yang perlu dibawa. Daripada gincu, celak, pelembap bibir dan akhirnya semua produk asas solekan dimasukkan ke dalam beg tangan.
Akhirnya, ada di antara peralatan itu terdedah kepada kekotoran dalam beg. Perlu juga diketahui, alat solek yang disimpan di dalam beg mekap lebih mudah tamat tempoh berbanding yang diletakkan di kawasan terbuka.
* Kertas kotor
Tas tangan selalunya dipenuhi pelbagai kertas seperti resit, wang, kad nama, tisu, sapu tangan dan pelbagai lagi.
Jadi, ia juga menjadi lokasi pembiakan bakteria yang menjadi punca jangkitan kuman, alergi, demam, batuk dan penyakit serius lain.
* Beg jarang dibasuh
Tidak seperti pakaian, baju dalam, cadar, langsir atau pelapik meja yang dibasuh jika kotor tapi jarang sekali kita mendengar orang membasuh tas tangan sedangkan ia digunakan setiap hari.
Jadi, apa kata jika gunakan waktu terluang untuk membersihkan kertas kotor, habuk dan kotoran bagi menjamin kebersihan beg anda.
* Plumbum
Kajian saintifik banyak menemukan kandungan plumbum dalam kebanyakan tas tangan wanita.
Elemen kimia ini dikatakan boleh menyebabkan masalah kepada sistem jantung dan otak jika terdedah terlalu lama.
Elak menggunakan tas tangan diperbuat daripada plastik dan polimer kerana ia dikatakan mempunyai kadar plumbum tertinggi jika dibimbit selalu.
* Pemotong kuku dan telefon bimbit
Apa kaitan dua benda ini? Wanita mementingkan penampilan dan selalunya pemotong kuku wajib ada dalam tas tangan.
Jangan terkejut jika ada kulat tumbuh pada peralatan itu dan merebak pada telefon bimbit yang turut dicampur bersama barangan lain dalam beg tangan.
Selalunya kotoran itu akan menyebabkan jangkitan kulit.
Sumber:
http://scallywagandvagabond.com

Tag :
Kesihatan Umum
0 Komentar untuk "Beg tangan risiko kepada kesihatan dan tubuh"