Resepi Pencuci Mulut Untuk Pesakit Buah Pinggang

Resepi Pencuci Mulut Untuk Pesakit Buah Pinggang

Di sini ditampilkan dua resipi hidangan pencuci mulut yang menyelerakan, tetapi tidak menjejaskan kesihatan sekiranya diambil secara berkadar terutama kepada mereka yang berhadapan dengan kerosakan buah pinggang.

ResepiAgar-agar cendol (10 hidangan)

Bahan:

25 gram agar-agar kering

1.5 liter air

5 helai daun pandan

300 gram gula

Sedikit pewarna merah

30 gram serbuk krimer bukan tenusu

100 gram cendol

Sedikit pewarna hijau

Cara penyediaan:

1. Masak agar-agar, air dan daun pandan sehingga agar-agar larut.

2. Masukkan gula dan kacau sehingga gula larut.

3. Bahagikan larutan agar-agar kepada dua bahagian (A dan B).

4. Masukkan pewarna merah dan serbuk krimer dalam bahagian A.

5. Masukkan cendol dan pewarna hijau dalam bahagian B.

6. Masukkan bahagian A ke dalam bekas atau cawan yang sesuai, biarkan sehingga separa keras.

7. Masukkan bahagian B dan biarkan sehingga keras.

8. Sejukkan dalam peti ais sebelum dihidangkan.

Kandungan nutrien (satu hidangan)

Kalori (157 kcal), karbohidrat (38g), protein (0.5g), lemak (0.1g), sodium (10 mg), potasium (27mg), fosfat (14mg)

Resepi Agar-agar mangga (empat hidangan)

Bahan A:

10 gram serbuk agar-agar

2 cawan air

2 sudu makan gula pasir

Bahan B:

(Dikisar bersama)

1 biji mangga

100ml air perisa mangga

20 gram serbuk krimer bukan tenusu

Cara penyediaan:

1. Masak agar-agar dengan air sehingga larut.

2. Masukkan gula dan kacau sehingga gula larut.

3. Padamkan api.

4. Masukkan mangga yang sudah dikisar dan kacau rata.

5. Tuangkan ke dalam acuan dan biarkan sehingga keras.

6. Sejukkan dalam peti ais sebelum dihidangkan.

Kandungan nutrien (setiap hidangan):

Kalori (98kcal), karbohidrat (22g), protein (1.5g), lemak (0.3g), sodium (18mg), potasium (137mg), fosfat (31mg)

Tag : Resepi
0 Komentar untuk "Resepi Pencuci Mulut Untuk Pesakit Buah Pinggang"
Back To Top