Berbelanja Ikut Kemampuan : Jangan Muflis Kerana Kad Kredit

Berbelanja Ikut Kemampuan : Kad Kredit BUKAN Penyelesaian

Jumlah individu muflis kerana hutang kad kredit pada tahun lalu kalah 1, 873 orang yang mana jumlah hutang kad kredit tertunggak ini mencecah RM 21.6 billion sehingga September 2013.

Daripada jumlah itu, sebanyak RM 591 juta adalah pinjaman tidak berbayar (NPL)

Dewasa ini penggunaan kad kredit ini di kalangan golongan muda kini bagaikan satu kemestian bagi menunjukkan status dan gaya hidup moden tanpa menyedari mereka bakal menjadi 'hamba' hutang seumur hidup.

Sedar atau tidak, keadaan ini berlaku gara-gara gagal menguruskan penggunaan kad kredit  dengan baik dan berhemah.

Kajian menunjukkan penggunaan kad kredit untuk urusan pembelian minyak di stesen minyak meningkat antara 15 hingga 20 peratus sejak penstrukturan semula subsidi minyak diumumkan pada tahun  lepas.

Dengan kenaikan harga harga minyak, peningkatan penggunaan kad kredit untuk pembelian petrol juga turun meningkat.

Diakui, ramai rakyat beralih kepada penggunaan kad kredit sama ada kerana kekurangan tunai berikutan kenaikan kos sara hidup atau cuba berjimat menggunakan wang tunai.

Dalam keghairahan menggunakan kad kredit, ramai pula yang tidak sedar akan kadar faedah yang dikenakan 1.5 peratus sebulan atau 18 peratus setahun iaitu satu jumlah yang cukup tinggi. Malah caj juga akan dikenakan jika individu mengeluarkan wang tunai menggunakan kad kredit di ATM.

Kesannya, apabila masalah hutang sudah kronik, timbul pula gejala sosial lain seperti keruntuhan rumah tangga, anak terbaik, dan pelbagai masalah lain.

Jadi, satu program pendidikan dan kesudahan mengenai kaedah pengurusan kewangan perlu diperkenalkan dan di perhebatkan bagi me bendung masalah ini, terutama golongan muda. Kelulusan mudah bagi permohonan kad kredit dan juga pinjaman peribadi jugak mendorong gaya berbelanja di luar ke mampus yang akhirnya menyebabkan kesukaran mengurus kewangan peribadi.

 Jangan terjebak. UKUR BAJU DI BADAN SENDIRI dengan berbelanja mengikut kemampuan sendiri  dan bukan melebihi pendapatan.
 
Sumber : Persatuan Keselamatan Pengguna Kuala Lumpur

Tag : Kewangan
0 Komentar untuk "Berbelanja Ikut Kemampuan : Jangan Muflis Kerana Kad Kredit"
Back To Top