Kumpulan Caliph Baskers Bukan Peminta Sedekah
Penampilan khas penyanyi jalanan kumpulan Caliph Baskers bersama Mojo di Anugerah Juara Lagu ke-29 (AJL 29) menerusi lagu ‘Romancinta’ semalam sememangnya berjaya mencuri hati penonton.
Usaha mereka untuk memberikan yang terbaik ternyata berbaloi apabila persembahan mereka berjaya meraih kategori Persembahan Terbaik.
Caliph Baskers dianggotai oleh enam orang anak muda berbakat besar iaitu Azmi, 28, (vokalis), Zaki, 36, (gitaris), Nirwan, 26, (gitaris), Syazmeen (drummer kotak cajon), Nur Nadira, 24, (tamborin) dan Fendy Adlul, 24.
Menurut Zaki selaku ketua kumpulan tersebut, peluang yang diberikan oleh pengasas kumpulan Mojo, Edry Abdul Halim sememangnya begitu bermakna buat mereka.
“Sampai sekarang kami rasa seperti mimpi. Kami bukanlah penyanyi sebenar kerana kami hanyalah penyanyi jalanan sahaja.
“Dari awal lagi Edry mengingatkan kami bahawa ini adalah peluang yang hanya datang sekali sahaja untuk buat persembahan di pentas AJL.
“Jadi, kami perlu buat yang terbaik kerana orang akan ingat persembahan ini sampai bila-bila,” katanya sejurus selesai majlis anugerah tersebut yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil, semalam.
Walaupun mempunyai kekurangan dari segi cacat penglihatan, namun Zaki tidak mahu menjadikan hal itu sebagai simpati orang ramai terhadap kekurangan mereka. Malah, dia mahu menepis tanggapan orang ramai yang penyanyi jalanan bukanlah meminta sedekah.

“Tujuan saya menceburkan diri dalam nyanyian jalanan adalah bukannya nak menunjukkan kami penyanyi OKU. Kami sama sahaja seperti penyanyi jalanan lain yang celik penglihatan.
“Tetapi persepsi masyarakat lebih menganggap kami sebagai peminta sedekah. Walau bagaimanapun dengan peluang yang diberikan oleh Edry dapat mengembangkan lagi bakat kami dalam nyanyian,” tuturnya.
Dalam pada itu, Caliph Baskers pernah diundang membuat persembahan sewaktu majlis perkahwinan penyanyi Alif Sattar. Bukan itu sahaja, mereka juga turut digandingkan bersama Jaclyn Victor dalam satu persembahan live band.
Ditanya pula mengenai cabaran sepanjang bergelar penyanyi jalanan, dia memberitahu bahawa pergerakan yang terhad menyebabkan mereka sukar untuk ke sesuatu kawasan kerana mereka bergerak secara sendiri tanpa bantuan orang lain.
“Memang kami susah untuk ke sesuatu tempat. Ini kerana kami bergerak tanpa bantuan orang lain. Kami hanya hubungi taxi sahaja,” katanya yang mendapat pendapatan lebih kurang RM60 sehari sewaktu melakukan persembahan di tepi jalan.
Sementara itu, persembahan mereka boleh dilihat setiap hari Isnin hingga Sabtu kecuali Jumaat di pusat membeli belah Sogo, jam 12 tengah hari hingga 3 petang. Manakala, hari Ahad pula di pusat membeli belah Avenue K, jam 2 hingga 4 petang. ~ Mangga

Tag :
Hiburan
0 Komentar untuk "Kumpulan Caliph Baskers Bukan Peminta Sedekah"