Tempat Paling Seram Menyeramkan Di Malaysia

Tempat Paling Seram Menyeramkan Di Malaysia

Malaysia mempunyai banyak tempat atau lokasi yang boleh dianggap keras, berhantu dan menakutkan.

Cuma orang-orang yang pernah melalui pengalaman tersebut sahaja yang tahu kisah disebalik kejadian tersebut.

Kebanyakan rumah, lokasi, Villa atau tempat yang keras sebenarnya mempunyai kisah dan sejarah yang tersendiri.

Berikut merupakan top 5 tempat paling menyeramkan di Malaysia.

PENJARA PUDU
Berbicata mengenai Penjara Pudu, tidak dinafikan bahawa kawasan ini merupakan antara kawasan yang keras dan berhantu di Malaysia.

Banyak kejadian paranormal pernah dilaporkan di akhbar mengenai penjara tersebut. Gangguan seperti lembaga hitam, bunyi pelik, jelmaan wanita cantik dan bermacam-macam lagi.


Malah pengawai penjara yang bertugas juga sering diganggu dan mereka juga pernah menceritakan hal tersebut kepada keluarega terdekat.

Namun kini Penjara Pudu telah dirobohkan untuk tujuan pembangunan.

VILLA NABILA
Villa Nabila yang terletak di Johor Bahru telah tersenarai antara lima tempat paling menyeramkan di Malaysia oleh portal pelancongan Amerika Syarikat, Expedia.

Villa ini dahulunya digemparkan dengan satu kes pembunuhan dan sejak daripada itu pelbagai penemuan mistik telah terjadi di sekitar kawasan tersebut.


Setelah itu, terdapat pelbagai versi penceritaan tentang Villa tersebut.

HIGHLAND TOWER
Terletak di Kuala Lumpur, Highland Tower merupakan sebuah apartmen mewah suatu ketika dahulu yang didiami oleh pelbagai golongan masyarakat.

Malangnya satu tragedi tidak diduga telah berlaku pada penduduk yang berada di situ di mana bangunan tersebut runtuh dan telah meragut puluhan nyawa.Hanya segilintir sahaja yang dijumpai manakala selebihnya masih lagi terkubur.

Walaupun setelah hampir 21 tahun kejadian tersebut berlaku, Highland Tower masih lagi menjadi perbualan lebih-lebih lagi  ‘Highland Tower’ pernah difilemkan oleh pengarah Pierre Andre.

Selain itu ada juga dakwaan yang mengatakan bahawa saki baki bangunan Blok B dan C yang terbiar dipercayai menjadi ‘kediaman roh-roh yang terkorban.’

MUZIUM PERANG PULAU PINANG
Disenaraikan sebagai top 10 tempat paling menyeramkan di Asia oleh produksi dokumentari antarabangsa, National Geographic Channel.

Penduduk tempatan percaya bahawa Muzium Perang yang terletak di Bukit Maung ini dihuni makhluk halus lebih-lebih lagi ia merupakan bekas kubu perang yang dibina oleh tentera British sekitar tahun 1938.

Tempat ini berperanan untuk melindungi Pulau Pinang daripada ancaman musuh, kem banduan dan tapak untuk menhatuhkan hukuman mati.

INSTITUSI ST MICHAEL
Terletak di Ipoh, kolej ini pernah digunakan oleh tentera Jepun sebagai ibu pejabat mereka. Sekolah ini juga merupakan tempat penyiksaan terhadap tawanan perang.

Dikhabarkan kawasan paling menyeramkan ialah di gereja kecil koleh tersebut di mana seorang mubaligh Kristian berjubah hitam tanpa kepala sering kelihatan duduk berdoa pada waktu pagi.


Tag : Variasi
0 Komentar untuk "Tempat Paling Seram Menyeramkan Di Malaysia"
Back To Top