Astro Go Shop tawar perkhidmatan atas talian
Seiring dengan perubahan gaya hidup yang semakin sibuk, membeli belah di atas talian merupakan kaedah paling mudah buat golongan ‘kaki shopping’ mendapatkan barangan yang diidamkan tanpa perlu terburu-buru ke pasar raya.
Adanya pelbagai platform seperti telefon pintar, tablet dan komputer peribadi memudahkan lagi untuk membeli-belah pada bila-bila masa dan di mana jua tanpa perlu mengeluarkan kos tambahan seperti bayaran petrol, tol, letak kereta selain tidak perlu beratur bagi mendapatkan barangan yang diingini.
Hanya semudah menekan butang tetikus, barangan tersebut akan dihantar kepada si pembeli dengan hanya dikenakan caj penghantaran yang minimum atau percuma.
Memberi lebih pilihan kepada pengguna, Astro Malaysia Holdings Berhad (Astro) dengan usaha sama syarikat runcit multimedia terkemuka Korea, GS Home Shopping Incoporated bekerjasama dalam menawarkan program perkhidmatan membeli belah, Go Shop.
Menariknya, Go Shop yang menawarkan produk digital dan elektronik, kelengkapan rumah dan dapur, aksesori gaya hidup, fesyen dan kosmetik boleh diperoleh menerusi beberapa pelbagai saluran Astro termasuklah Astro TV (saluran 118), Astro On The Go dan platform atas talian serta mudah alih.
Bagi mengulasnya secara lanjut, Zass, mendapatkan Ketua Pegawai Eksekutif Astro, Datuk Rozana Rozhan menerusi satu sidang media yang diatur, baru-baru ini.
Bagaimanakah timbulnya idea untuk mewujudkan perkhidmatan Go Shop ini?
Salah satu sebab mengapa perkhidmatan ini diwujudkan adalah kerana perkembangan positif pengguna Internet yang membeli belah di atas talian yang semakin meningkat.
Seperti yang dimaklumkan, 55 peratus pengguna Internet di negara ini membeli belah di atas talian menerusi pelbagai peranti dan kadar ini dijangka akan berkembang seiring dengan peningkatan penembusan jalur lebar, peningkatan pendapatan, perkembangan kad kredit dan debit serta kepercayaan masyarakat dalam mengiktiraf manfaat membeli belah.
Masyarakat di negara ini yang kini semakin pantas berhubung, bijak dan mudah mendapatkan maklumat serta menginginkan yang terbaik. Oleh itu, Go Shop menandakan komitmen kami dalam memberi perkhidmatan terbaik buat pelanggan dengan membawa lebih banyak pilihan, kemudahan dan pengalaman baharu buat seluruh masyarakat di negara ini.
Selain itu, ia juga membantu mempelbagaikan rangkaian perniagaan dan menembusi industri global yang sedang berkembang serta dianggarkan bernilai RM3.6 bilion di Malaysia menjelang tahun 2020 dengan arah aliran kaedah membeli belah dalam talian yang semakin tinggi.
Boleh terangkan mengenai strategi dalam membantu mempelbagaikan rangkaian perniagaan sekali gus mampu menembusi pasaran global?
Go Shop bakal menjadi pemangkin pertumbuhan yang kukuh untuk Astro dari segi pertumbuhan pendapatan masa depan dengan menyasarkan pasaran sedia ada di 4.3 juta kediaman dengan jumlah 17 juta pengguna.
Arah aliran pertumbuhan global e-dagang pada hari ini membuktikan inisiatif membeli belah dari rumah adalah segmen runcit yang semakin berkembang pesat, mengatasi pertumbuhan pasaran runcit fizikal.
Capaian pelbagai platform Go Shop ini bertujuan untuk memenuhi tuntutan masyarakat Malaysia yang mencari pengalaman membeli belah yang menghiburkan, menyeronokkan dan memudahkan.
Kenapa Astro memilih untuk bekerjasama dengan GS Home Shopping Incoporated?
GS Home Shopping Incoporated adalah syarikat perdagangan global dalam talian dari Korea. Selaku peneraju dalam industri membeli belah dari rumah di Korea, ia mempunyai kepakaran perniagaan, produk dan perkhidmatan membeli belah dari rumah bertaraf dunia.
Dengan membawa kepakaran tersebut ke luar negara untuk memberi kepuasan dan hiburan kepada penonton. Tambahan pula, syarikat ini menyimpan rekod cemerlang dalam tempoh 20 tahun.
Selain Korea dan Malaysia, GS Home Shopping Incoporated turut mengendalikan rangkaian membeli belah dari rumah India, Indonesia, Thailand, Vietnam dan Turki.
Cara paling mudah untuk pelanggan membuat tempahan?
Sekiranya pelanggan berminat dengan satu-satu produk yang dilihat, mereka bolehlah membuat panggilan menerusi talian bebas tol 24 jam Go Shop atau layari www.goshop.com.my untuk membuat tempahan produk.
Bagi produk yang telah ditempah, masa penghantarannya akan mengambil tempoh di antara dua hingga lima hari bekerja di seluruh negara dengan pelbagai pilihan pembayaran tersedia termasuk kad kredit dan kad debit keluaran tempatan, Pelan Pembayaran Mudah, pemindahan melalui bank secara atas talian dan bayaran tunai semasa penghantaran.
Sehingga kini, bagaimanakah sambutannya?
Sejak pra pelancarannya pada 1 November 2014, Go Shop menerima sokongan yang sangat memberangsangkan dengan tempahan lebih daripada 118,000 produk sehingga kini.
Bagaimanapun, buat masa ini, terdapat 60 produk yang dapat diperoleh dengan perancangan untuk meningkatkan jumlah ini hingga dua kali ganda dalam tempoh setahun.
Untuk makluman, usaha sama yang membawa 60 peratus pegangan kepada Astro dan selebihnya oleh GS Home Shopping Incorporated dari Korea itu memerlukan modal sebanyak RM70 juta dan dijangka menjana hasil tahunan sehingga RM500 juta dalam masa lima tahun.
Harapan terhadap Go Shop?
Astro menyedari potensi perkongsian perniagaan ini yang luas dan yakin persekitaran perniagaan yang dinamik ini bakal menjadi pemangkin kepada pertumbuhan perniagaan.
Tambahan pula dengan trend terkini dalam digital dan elektronik, perkakasan rumah dan peralatan dapur, gaya hidup, aksesori fesyen dan produk kosmetik yang ditawarkan akan ditambah baik melalui penggabungan produk, lantas membezakan dengan pasaran runcit tradisional.

Tag :
Hebahan
0 Komentar untuk "Astro Go Shop tawar perkhidmatan atas talian"