Ezany Nizariff Mungkin Dapat Hak Penjagaan Anak

Ezany Nizariff Mungkin Dapat Hak Penjagaan Anak

Pelakon lelaki Ezany Nizariff dikhabarkan akan mendapat hak penjagaan anak disebabkan isterinya Lizda Nuryanti gagal menghadiri kes itu di Mahkamah Syariah Shah Alam baru-baru ini.

Lizda juga dikatakan gagal menghadiri kes penceraian yang difailkan sendiri di Mahkamah Rendah  Syariah Petaling Jaya sebanyak 3 kali sebutan.

“Pihak mahkamah telah gugurkan kes itu dan tindakan susulan waran tangkap akan dikeluarkan sekiranya Lizda gagal menghadiri mahkamah sekali lagi pada bulan hadapan.

“Waran tangkap amat perlu sekiranya hak penjagaan anak saya yang dapat setelah keputusan mahkamah dibuat, maka pihak polis akan mencari Lizda untuk tindakan susulan,” ujar Ezany ketika dihubungi portal Murai.com.my.

Dalam pada itu, dia akui penat dengan permainan Lizda yang memperlekehkan undang-undang tanpa sebarang rasa bersalah.

“Saya pun tak faham, kenapa Lizda bertindak sedemikian rupa. Tolonglah jadi profesional  untuk selesaikan kes ini supaya masing-masing boleh bawa haluan.

“Baru-baru ini saya menerima sms yang sinis dan biadap daripada Lizda apa yang saya boleh buat ialah ‘forward’ kepada peguam dan pihak polis, biar mereka lakukan kerja mereka,” katanya mengakhiri bicara.

Tag : Hiburan
0 Komentar untuk "Ezany Nizariff Mungkin Dapat Hak Penjagaan Anak"
Back To Top