Jabatan Penjara Malaysia: 21-22 Februari tarikh lawatan Tahun Baru Cina 2015
Jabatan Penjara Malaysia menetapkan 21 dan 22 Februari ini sebagai tarikh lawatan keluarga penghuni bersempena sambutan perayaan Tahun Baru Cina.
Menurut kenyataan jabatan itu di sini hari ini, tarikh itu ditetapkan bagi semua institusi penjara, pusat pemulihan akhlak dan Sekolah Henry Gurney manakala semua lawatan di institusi penjara ditutup pada hari pertama perayaan.
Tahun Baru Cina disambut pada 19 dan 20 Februari ini.
Keutamaan lawatan pada hari berkenaan diberi kepada penghuni daripada kaum Cina sahaja dan Jabatan Penjara memohon kerjasama pelawat supaya mematuhi peraturan yang ditetapkan iaitu waktu lawatan yang bermula dari pukul 8.15 pagi hingga 4.15 petang. - Bernama

Tag :
Berita
0 Komentar untuk "Jabatan Penjara Malaysia: 21-22 Februari tarikh lawatan Tahun Baru Cina 2015"