Warna gaun pun boleh jadi perdebatan di laman sosial

Warna gaun pun boleh jadi perdebatan di laman sosial

Sehelai gaun, menjadi perdebatan hangat di laman sosial semalam apabila ada di antara pengguna melihat baju itu berwarna putih dan emas, sementara ada yang mendakwa pakaian tersebut berwarna hitam dan biru.

Portal berita Daily Mail melaporkan, ‘pergaduhan’ itu tambah menarik apabila turut dikongsi dan mendapat komen selebriti terkenal dunia antaranya Kim Kardashian dan suaminya, Kanye West serta pemenang Anugerah Oscar, Julianne Moore dan penyanyi, Taylor Swift.

Gambar gaun itu pada mulanya dimuat naik di laman rangkaian sosial, Tumblr oleh seorang penyanyi, Caitin McNeill, 21, dari Scotland yang berpendapat baju tersebut berwarna biru dan hitam.


“Gambar ini saya rakam ketika seseorang memakainya pada satu majlis perkahwinan. Saya memuat naiknya di Tumblr apabila dua orang rakan saya memberitahu gaun itu berwarna lain,” katanya.

McNeill memberitahu Business Insider, semua rakan-rakannya tidak bersetuju dengannya mengenai warna baju berkenaan.

Perdebatan hangat mula terjadi sejurus McNeil memuat naik imej baju itu ke dalam Tumblr yang ditujukan khas kepada seorang pengurus bakat, Sarah Weichel.

Tanpa disedari, Weichel menyebarkannya dan menjadi viral.

Kardashian dan West turut bertelagah tentang warna baju itu dengan masing-masing menyatakan pakaian tersebut berwarna putih dan emas serta hitam dan biru diikuti kenyataan ‘Siapakah yang buta warna?’.

Swift pula di Twitternya berkata: ‘Saya tidak faham mengapa gaun pelik ini menjadi perdebatan. Warnanya telah diedit. Jelas sekali warna asalnya biru dan hitam’.

Syarikat perisian komputer yang juga pakar warna, Adobe, pula menjelaskan di Twitternya, warna asal baju itu adalah hitam dan biru.

0 Komentar untuk "Warna gaun pun boleh jadi perdebatan di laman sosial"
Back To Top