Hukuman seks luar tabii tak digugurkan

Hukuman seks luar tabii tak digugurkan

Timbalan Menteri Besar Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menjelaskan bahawa hukuman untuk kesalahan melibatkan perlakuan seks luar tabii tidak digugurkan dalam Kanun Jenayah Syariah II yang diluluskan  19 Mar 2015

Sebaliknya, hukuman bagi kesalahan melibatkan perlakuan tersebut – seks lesbian, seks dengan mayat dan haiwan – dimasukkan dalam kategori sama dengan dengan kesalahan liwat, katanya.

Jelasnya, pengguguran Seksyen 19 hingga 21 dalam pindaan tersebut tidak bermaksud bahawa kesalahan berkenaan kini boleh dilakukan.

"Kita tidak boleh sebut semua (lesbian, melakukan seks dengan mayat dan haiwan) sebab benda itu semua masuk dalam liwat (seks luar tabii).

“Gugur perkataan tidak mengapa, yang penting hukuman itu ada. Jangan faham macam itu (gay, lesbian itu semua boleh dilakukan). Itu masalahnya, kita tidak faham dengan betul.

"Bukan soal digugurkan ke macam mana, soalnya hukuman liwat itu kekal. Bila hukuman liwat kekal, itu meliputi semua itu.

“Gay, lesbian semua masuk atas kesalahan liwat itu sendiri, itu sudah cukup," katanya lagi, yang merupakan pengerusi jawatankuasa teknikal Kanun Jenayah Syariah II.

Menurut pindaan baru itu, hukuman bagi kesalahan meliwat ialah sama seperti zina iaitu rejam sampai mati jika pesalah sudah berkahwin (mohsin).

Pesalah yang didapati belum berkahwin (ghairu mohsin) pula akan dihukum dengan sebatan sebanyak seratus kali dan dipenjarakan selama setahun.

Tag : Seksologi
0 Komentar untuk "Hukuman seks luar tabii tak digugurkan"
Back To Top