Pemandu teksi minta wanita berpakaian seksi buat seks oral dirakam

Pemandu teksi minta wanita berpakaian seksi buat seks oral dirakam  

Singapura: Seorang wanita telah merakam video semasa pemandu teksi berhenti dan bertanya jika dia ingin melakukan seks oral kepadanya. Video yang asalnya dimuat naik di Facebook, menunjukkan seorang wanita berdiri di persimpangan sesebuah trafik apabila seorang pemandu teksi muncul secara tiba-tiba dan bertanya hendak pergi ke mana.

Wanita itu membalas bahawa sedang menunggu untuk berjumpa dengan seorang kawan di Clarke Quay dan pemandu teksi itu menyuruh wanita tersebut untuk mengikutnya. Apabila dia menyoal pemandu itu bahawa kenapa dia patut ikutnya dalam teksi, pemandu teksi itu dengan berani mengatakan niatnya yang iginkan seks oral daripada wanita yang tidak dikenalinya itu.

Walaupun wanita tersebut memberi alasan mungkin akan ikutnya lain kali, pemandu teksi itu telah meminta nombor telefonnya. Wanita itu kemudian, berpura-pura memfilemkan dirinya berjalan ke teksi dan memberikan nama palsu serta nombor telefon palsu kepadanya. Video tersebut telah tersebar dan banyak warga Singapura kutuk akan perbuatan hina pemandu teksi tersebut dalam laman sosial itu. - kualalumpurpost

0 Komentar untuk "Pemandu teksi minta wanita berpakaian seksi buat seks oral dirakam "
Back To Top