Resepi Pretzels Bercoklat Sedap

Resepi Pretzels Bercoklat Sedap

Biskut pretzels memang sedap. Selain bentuknya yang comel dan menarik, rasanya yang enak turut membuatkan ramai menggemari biskut ini walaupun terpaksa membelinya dengan harga yang agak mahal.

BAHAN-BAHAN:

· 1 paket yis

· 4 cawan tepung gandum

· 1 biji telur dicampur 1 sudu makan air dan dipukul (untuk sapuan di atas pretzel sahaja)

· 1 sudu besar gula

· 2 sudu besar mentega, dicairkan

· Minyak sayuran (untuk sapuan)

· Garam laut atau sea salt flakes untuk hiasan

· 6 cawan air di campur 1/3 cawan soda bikarbonat, dimasak atas dapur sehingga mendidih



CARA MEMBUAT:

Masukkan garam, gula dan yis di dalam air suam. Biarkan seketika selama lima minit tanpa dikacau. Setelah lima minit, masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit pada kelajuan rendah, diselang-selikan dengan mentega cair.

Uli dengan pemutar kek selama 7 minit (jika menggunakan tangan, doh perlu diuli selama 10 hingga 15 minit). Setelah siap, sapukan minyak sayuran pada mangkuk bersih.

Ambil doh dan bentuk menjadi bulat. Letakkan di dalam mangkuk dan sapukan minyak sayuran di atas doh supaya permukaannya licin.

Tutup dengan plastik kedap udara selama satu minit (suhu bilik). Bahagikan doh kepada dua bahagian dan bawa ke bawah. Kemudian tekan hujungnya. Ulang langkah ini sehingga doh siap.

Di atas dapur, didihkan air yang dicampur soda bikarbonat. Setelah mendidih, masukkan doh yang dibentuk tadi satu demi satu selama 30 saat dan angkat dengan spatula.

Alas loyang pembakar dengan kertas minyak dan susun.

Sapukan kuning telur di atas permukaan doh dan tabur sea salt.

Bakar pada suhu 180 darjah Celsius selama 10 hingga 15 minit, setelah sejuk, celup dengan coklat pilihan.

~ Nona

Tag : Resepi
0 Komentar untuk "Resepi Pretzels Bercoklat Sedap"
Back To Top