Belajar al-Quran dengan guru mursyid
Saya sudah khatam alQuran dengan bantuan ibu semasa di sekolah rendah tetapi sewaktu di sekolah menengah saya berasakan ibu turut mempunyai kesilapan mengajar tajwid.
Tetapi, saya takut belajar alQuran dengan orang lain kerana tidak mahu mengecilkan hati ibu.
Saya mahu sentiasa membaca alQuran tetapi risau jika bacaan tajwid yang salah mendorong lebih banyak kesilapan.
Justeru, saya cuba mempelajari hukum tajwid melalui buku tajwid dan di sekolah.
Tetapi, saya rasakan ilmu itu masih belum cukup, lalu saya mengambil langkah membeli alQuran dan terjemahan agar dapat membaca alQuran untuk mengelakkan kesalahan tajwid menerusi maksudnya.
Bolehkah begitu?
-------------
Membaca alQuran tanpa berguru pasti akan mengundang kepada kesalahan dan kesilapan dalam pembacaan serta pemahamannya.
Malah, Rasulullah S.A.W sebagai penerima wahyu daripada Allah SWT sendiri sentiasa bersikap terbuka untuk belajar dan menerima pelajaran mengenai alQuran.
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Ibnu `Abbas RA bahawa pada setiap bulan Ramadan, baginda mempelajari alQuran daripada Malaikat Jibril `Alaihissalam.
Bacaan baginda didengar atau disemak Malaikat Jibril pada setiap Ramadan: "Rasulullah adalah manusia paling pemurah dan dermawan dan baginda paling pemurah pada bulan Ramadan ketika Jibril datang menemui baginda dengan mengajarkan baginda alQuran.
Bahawa baginda pada ketika ditemui Jibril itu adalah lebih pemurah dalam berbuat kebaikan daripada angin yang bertiup". (Hadis riwayat alBukhari).
Oleh itu, jika Rasulullah S.A.W sendiri berguru dengan Jibril, apatah lagi kita kita yang daif serta banyak kejahilan.
Saya berpendapat tidak salah mencari guru selain daripada ibu puan. Mungkin ilmu yang ada pada ibu puan itu ilmu asas sedangkan banyak lagi perkara lain yang ibu puan tidak tahu terutama ilmu tajwid.
Puan berbincanglah secara berhemah dan mungkin boleh membawa ibu bersamasama ke majlis pengajian alQuran yang diajar guru yang mahir.
Jika puan belajar sendirian melalui buku, tidak ada yang akan mentashihkan bacaan puan terutama aspek tajwid atau tafsir.
Belajar ilmu tajwid atau tafsir di sekolah mungkin cukup untuk mendapat ilmu asas tetapi untuk lebih mendalami, perlu kelas lanjutan atau berguru dengan mereka yang mahir.
Hari ini begitu banyak salah faham terhadap agama dilakukan golongan yang membaca tanpa guru, lantas memahami dengan salah hingga tersesat.
Inilah antara faktor yang membawa kepada kewujudan ajaran sesat kerana ajaran mereka adalah berasal daripada kitab yang sahih tetapi sudah diselewengkan kerana tiada panduan daripada guru yang mursyid.
Ini adalah bukti jelas betapa syaitan menyesatkan manusia yang membaca dan belajar tanpa berguru kerana tidak akan ada orang yang `mengijazahkan' ilmu kepadanya.
Oleh Datuk Zaidi Zain

Tag :
Kaunseling Agama
0 Komentar untuk "Boleh atau tidak membaca al-Quran tanpa berguru?"