Hukum Suami Yang Melakukan Hubungan Seksual Secara Paksaan

Hukum Suami Yang Melakukan Hubungan Seksual Secara Paksaan

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-71 yang bersidang pada 22 - 24 Nov 2005 telah membincangkan Hukum Suami Yang Melakukan Hubungan Seksual Secara Paksaan. Muzakarah telah memutuskan bahawa di dalam Islam hubungan di antara lelaki dan wanita adalah dihalalkan setelah melalui akad Ijab dan Qabul yang sah.

Oleh itu Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa tiada istilah rogol atau melanggar hak asasi manusia dalam sebuah perkahwinan yang sah dan keganasan rumahtangga yang berlaku adalah lebih bersifat dharar yang boleh diambil tindakan melalui peruntukan undang-undang sedia ada.

Sumber

0 Komentar untuk "Hukum Suami Yang Melakukan Hubungan Seksual Secara Paksaan"
Back To Top