Tip Penjagaan Pesakit - Khasiat makanan hilang jika dimasak terlalu lama
Kebanyakan kita menganggap nikmat makan sebagai satu perkara remeh yang tidak perlu disyukuri. Namun, kita lupa bahawa perbuatan mudah seperti menyuap makanan ke dalam mulut, mengunyah dan menelan adalah satu perkara yang amat mencabar dan sukar bagi golongan pesakit yang nazak.
Sesetengah ubat-ubatan atau terapi mempunyai kesan sampingan yang boleh menyebabkan pesakit hilang selera makan dan mengganggu sistem pencernaan mereka.
Keadaan tersebut agak biasa berlaku malah, ada segelintir pesakit yang langsung tidak boleh menelan makanan ataupun air.
Kajian telah menunjukkan bahawa kekurangan nutrien penting tertentu di dalam tubuh boleh menyebabkan seseorang pesakit itu menjadi lemah, letih dan hilang daya tahan penyakit atau kurang kekuatan untuk menjalani rawatan.
Oleh yang demikian, kebanyakan penjaga atau ahli keluarga pesakit akan memaksa pesakit untuk menjamah makanan.
Kepayahan menjamah makanan membuatkan penjaga pesakit menyediakan makanan dengan memasaknya sehingga lembut supaya senang ditelan.
Makanan yang dimasak terlalu lama mungkin senang dimakan oleh pesakit, namun ia bukanlah penyelesaian yang betul kerana kebanyakan kandungan nutrisi di dalam makanan tersebut akan musnah dalam proses tersebut.
Pesakit yang tidak mampu mengambil makanan biasanya tergolong dalam kelompok mereka menghidapi penyakit peringkat akhir, masalah buah pinggang, penyakit sekatan pulmonari kronik (COPD) atau warga emas yang sakit tua.
Pelbagai perubahan berlaku kepada seseorang individu yang bergelar warga emas. Antara perubahannya ialah kemerosotan deria rasa, hidu, penglihatan, pendengaran, sentuhan, kurang selera makan, masalah pencernaan, sembelit, masalah metabolisma, masalah kardiovaskular, ginjal, sistem saraf dan sebagainya.
“Semua perubahan tersebut mempengaruhi status nutrisi dan kesihatan yang menyebabkan peningkatan risiko untuk mengalami kekurangan nutrisi atau zat.
“Apabila kekurangan nutrisi, seseorang pesakit itu berisiko untuk mendapat penyakit dan komplikasi terhadap penyakit sedia ada,” kata Pengurus Perhubungan Perubatan Pemakanan Wyeth Nutrition, Dr. Shree Jacob.
Oleh yang demikian, pengambilan makanan tambahan penting bagi pesakit atau warga emas untuk mendapatkan tenaga, protein mikronutrien.
Pengambilan makanan tambahan itu dapat meningkatkan kualiti kehidupan dan tahap kesihatan serta zat nutrisi dalam tubuh badan.
“Sokongan nutrisi dapat membantu pesakit dalam memperbaiki fungsi imunologi, penyembuhan luka, memperbaiki kebolehtelapan usus, mengurangkan perpindahan bakteria dan mengelak komplikasi penyakit.
“Bagaimanapun keperluan nutrisi berbeza mengikut kumpulan. Bagi warga emas, mereka memerlukan penghidratan yang mencukupi, kandungan serat yang tinggi dan makanan yang mengandungi nilai nutrien,” katanya.
Tambah Shree, pesakit yang menghidap penyakit kronik seperti barah, sakit jantung dan sebagainya pula memerlukan keperluan nutrisi yang berbeza.
“Pesakit dalam kelompok ini memerlukan makanan yang mengandungi protein dan kalori yang tinggi, kurang lemak, vitamin dan mineral mencukupi.

Tag :
Kesihatan Umum
0 Komentar untuk "Tip Penjagaan Pesakit - Khasiat makanan hilang jika dimasak terlalu lama"