Cara merawat dan mengelak ulser

Cara merawat dan mengelak ulser

Ulser atau luka di dalam mulut yang terjadi akibat tergigit, terkena makanan tajam, air terlalu panas dan sebagainya memang buatkan kita susah nak bercakap, apatah lagi makan.

Ada berpendapat ia boleh disembuhkan dengan kumuhan air garam ataupun minum air masak dalam kuantiti yang banyak. Namun selain memilih `bonjela' iaitu ubat ulser pilihan ramai, ada cara lain untuk cepat menghilangkannya.

AIR GARAM

Ini adalah cara tradisional dan pilihan ramai sejak dulu lagi. Berkumur dengan air garam selama dua atau tiga kali sehari untuk mengurangkan rasa sakit dan ketidakselesaan akibat luka di mulut, pastinya ia cepat sembuh.

Ia juga dipercayai dapat mengurangkan jangkitan pada mulut.

AIR + BAKING SODA

Campuran air dan baking soda boleh diletakkan di bahagian ulser. Anda akan dapat rasa pedih tetapi secara perlahan-lahan ia akan kurangkan diameter luka terbabit. Bahan campuran ini adalah cara cepat menyembuhkan ulser di bibir.

ELAK MAKAN MASAM

Makanan masam boleh menyebabkan iritasi pada permukaan kulit yang terkena ulser. Kalau boleh elakkan makanan masam seperti buah limau, oren, mangga muda, lemon dan seumpamanya.

AIR KELAPA

Berjemur di bawah panas atau bekerja di lokasi panas matahari boleh menyebabkan suhu tubuh panas berlebihan. Air kelapa dipercayai dapat menurunkan suhu badan menjadi lebih sejuk. Selain dapat menstabilkan suhu dan menyembuhkan ulser, ia juga bagus untuk kesihatan.

VITAMIN B

Seseorang yang kekurangan zat besi atau B12 lebih mudah untuk menghidap ulser. Jika anda kekurangan zat besi dan B12, maka ulser yang tumbuh mungkin akan lebih parah. Suplemen vitamin B12, suplemen B9 serta makanan yang banyak mengandungi zat besi boleh membantu mencegah dan menyembuhkan ulser. Antaranya bayam, jagung, aprikot, yogurt dan telur.

VITAMIN C

Bagi mempercepatkan proses penyembuhan, selain mengambil suplemen vitamin B12 atau menambah pengambi lan makanan mengandungi zat besi yang tinggi, vitamin C juga mempunyai peranan hampir sama. Memperbanyakkan penggunaan vitamin C juga dapat membantu proses penyembuhan ulser. Antaranya mangga, oren, brokoli, strawberi, kiwi dan anggur.


Tag : Ulser
0 Komentar untuk "Cara merawat dan mengelak ulser"
Back To Top