Menabung untuk melancong
IBUBAPA yang mempunyai anak bersekolah selalunya merancang cuti mereka sewaktu cuti sekolah. Untuk tidak menghampakan anak anda dan memastikan mereka juga berpeluang merasai keseronokan, adalah lebih baik anda melakukan perancangan lebih awal bagi tujuan berkenaan.
Dengan perancangan yang betul dan dimulakan dari awal, perbelanjaan besar dengan kenaikan kos pada cuti sekolah tidak begitu membebankan. Berikut adalah tip melancong yang dapat membantu dalam merealisasikan percutian impian anda bersama anak tersayang.
SENARAIKAN DESTINASI PERCUTIAN IDAMAN YANG INGIN DIKUNJUNGI
Ambil sedikit waktu dan duduk berbincang dengan anak bagi menyenaraikan destinasi yang ingin dikunjungi ketika cuti sekolah nanti.
Tanya anak di mana destinasi seterusnya yang mereka ingin kunjungi. Melalui perbincangan, secara tidak langsung anak akan lebih dihargai dan dapat memberikan pendapat serta berkongsi aktiviti sepanjang percutian itu nanti.
PERANCANGAN AWAL
Sebagai orang tua, perancangan awal sudah boleh dimulakan, dengan menyenaraikan destinasi dan aktiviti yang ingin dilakukan saat bercuti bersama anak.
Rancang di mana anda sekeluarga akan menginap, makan, pengangkutan dan aktiviti yang sesuai dilakukan di destinasi yang akan dituju.
Dalam perancangan ini juga, pengiraan kos perbelanjaan dari semua aspek termasuk bayaran penginapan, minyak serta tol jika menaiki kenderaan, tiket penerbangan, kos makan serta minum supaya perbelanjaan anda akan lebih teratur.
MENABUNG
Mulalah menabung pada awal tahun ini untuk merealisasikan percutian anda dengan kos yang dianggarkan menerusi perancangan awal dibuat.
Dengan menabung ini juga, ia adalah cara termudah untuk menikmati percutian tanpa perlu menanggung perbelanjaan membebankan.
Sebagai contoh, bajet percutian anda sekeluarga pada musim sekolah nanti lebih kurang RM10,000. Cuba asingkan duit yang perlu setiap bulan untuk mencapai sasaran itu.
Jika ada bonus, lebihkan wang yang disimpan untuk tujuan bercuti.
MANFAATKAN PROMOSI YANG ADA
Pada awal tahun, banyak promosi dengan harga istimewa dan jauh lebih murah ditawarkan oleh pelbagai agensi.
Syarikat penerbangan misalnya, dengan pembelian tiket lebih awal, anda boleh memperoleh tiket pada harga yang lebih murah.
Begitu juga dengan bilik penginapan. Dengan harga promosi ditawarkan, anda mungkin hanya perlu menambah wang sedikit sahaja untuk mendapatkan bilik keluarga dan sebagainya.
Secara tidak langsung, dengan promosi yang ditawarkan ini anda boleh berjimat dan wang belanja selebihnya boleh digunakan untuk membeli `buah tangan' atau barang permainan untuk anak.
LENGKAPKAN KEPERLUAN PERCUTIAN SEJAK AWAL
Saat bercuti di mana juga destinasi pelbagai kelengkapan yang perlu dibawa bersama bagi memudahkan percutian anda bersama anak.
Justeru, adalah lebih baik anda melengkapkan segala keperluan percutian anda sekeluarga sejak awal lagi.
Sekiranya anda merancang untuk bercuti di luar negara dan ketika itu adalah musim sejuk, baju sejuk, sarung tangan, kasut, barangan kelengkapan lain perlu dibawa bersama.
Oleh itu, untuk memudahkan anda dan lebih menjimatkan, belilah kelengkapan ini perlahan-lahan berbanding membeli semuanya sekali gus. Selamat merancang percutian yang lebih menyeronokkan!

Tag :
Variasi
0 Komentar untuk "Menabung untuk melancong"