Isteri wajib tutup aurat, bukan untuk riak

Isteri wajib tutup aurat, bukan untuk riak

Seorang isteri harus menghias diri untuk kelihatan cantik di mata suami. Bagaimana pula hukumnya isteri berhias di luar rumah seperti pergi ke majlis keramaian untuk kelihatan sedondon dan sama bergaya dengan suami? Perkara sama mengenai program televisyen yang menampilkan golongan ustazah berdandan cantik untuk tatapan penonton.

--------

Allah itu indah dan suka kepada keindahan. Firman Allah: "Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang)..." (Surah al-A'raf, ayat 31)

Pakailah pakaian indah ke masjid. Pakaian sedondon tiada masalah selagi syaratnya menutup aurat mengikut tuntutan syarak, bukan yang jarang dan kelihatan bentuk badan.

Apabila menepati apa dikehendaki syarak, diingatkan juga supaya membetulkan niat pemakaian bukan kerana riak, minta dipuji atau taajub (merasakan dirinya hebat).

Bagi yang muncul di kaca televisyen, sememangnya mereka memerlukan dandanan sesuai dengan suasana studio dilengkapi kamera dan lampu. Bagi masalah ini, mereka yang terbabit dengan penerbitan lebih memahami.

Jika dandanan berlebihan dan melampau, tetap tidak boleh dibiarkan dengan sewenang-wenangnya hingga menimbulkan kekeliruan dan fitnah.

Oleh Ustaz Haslin Baharim

0 Komentar untuk "Isteri wajib tutup aurat, bukan untuk riak"
Back To Top