Amalan mudah tidur cukup
Beberapa langkah yang mudah boleh diamalkan dipercayai dapat membantu anda mudah tidur dan tidur dengan cukup. Penuhkan masa dengan melakukan perkara berfaedah dan tidak menimbulkan stres sebelum tidur.
Tidak makan secara berlebihan pada sebarang masa akan membantu. Elak daripada mengambil makanan terutama karbohidrat dan elak dari mengambil perangsang adrenal seperti kopi dan maca sekurang-kurangnya 2 jam sebelum tidur adalah langkah bijak.
Pasangan berkahwin boleh melakukan hubungan biologi dengan penuh kasih sayang, bukan kerana terpaksa, terlalu gelojoh dan terburu-buru.
Orang Islam seharusnya mengamalkan amalan yang dicontohkan oleh Rasulullah SAW sebelum tidur seperti terdapat dalam hadis sahih iaitu berwuduk dan membaca Surah Al-Ikhlas, Al-Falaq, An-Naas dan ayat Qursi. Baginda SAW juga membaca: Bismikallahumma ahya wa amut (Dengan nama-Mu ya ALLAH aku hidup dan mati), dan apabila bangun tidur membaca; Alhamdulillahil ladzi ahyana ba’da ma amatana wailaihin nusyur (Segala puji bagi ALLAH yang menghidupkan aku kembali setelah mematikan aku dan kepada ALLAH akan bangkit)" (Riwayat Bukhari). Tidur dengan mengiring ke kanan.
Elakkan daripada menonton TV atau menggunakan komputer sekurang-kurang 1 jam sebelum tidur. Bercakap menggunakan telefon bimbit terlalu lama juga boleh menyebabkan tidur terganggu. Jika perlukan sedikit cahaya ketika tidur nyalakan lampu garam. Warna merah/oren tidak mengganggu pembinaan melatonin begitu teruk sebagaimana lampu fluoresen putih.
Seimbangkan suhu bilik menggunakan penghawa dingin atau kipas secara bijak. Mandi air suam 30 minit sebelum tidur membantu merehatkan saraf dan seluruh tubuh.
Teh herba bersifat relaxant seperti teh daun pandan wangi, serai, semalu atau chrysanthemum tanpa gula membantu merehatkan saraf dan seluruh tubuh. Mengambil 1 sudu besar minyak kelapa dara setiap malam sebelum tidur dikatakan amat membantu.
Oleh DR.BAHRAIN SAMAH
Sinar Harian

Tag :
Masalah Tidur
0 Komentar untuk "Petua dan amalan mudah tidur cukup "