Juruterbang maut selepas selfie di kokpit

Juruterbang maut selepas selfie di kokpit

Seorang juruterbang maut apabila pesawat kecilnya terhempas dan ia dilaporkan punca daripada ber ‘selfie’ dalam kokpit.

Menurut penyiasat Amerika Syarikat, tindakan juruterbang itu dikatakan mungkin penyumbang kepada kemalangan maut itu.

Juruterbang yang berusia 29 tahun dan seorang penumpang terbunuh serta-merta apabila pesawat kecil 150K Cessna jatuh terhempas di padang pada 31 Mei tahun lepas.

Lembaga Keselamatan Pengangkutan Negara (NTSB) menyiasat dengan menggunakan video GoPro yang diambil dalam kokpit.

Video itu menunjukkan juruterbang tersebut berulang kali mengambil ‘selfie’ menggunakan telefon bimbitnya yang menganggu penerbangan dan akhirnya membawa kepada kemalangan maut.

“Keterangan itu konsisten dengan aerodinamik dan putaran berikutnya ke dalam rupa bumi,” kata laporan NTSB.

Tag : Berita
0 Komentar untuk "Juruterbang maut selepas selfie di kokpit"
Back To Top