Apa guna lampu isyarat!
Jika ingin melintas jalan raya di Kuala Lumpur, lebihkan rasa waspada dan penuh berhati-hati atau batalkan saja hasrat itu.
Beberapa minggu lalu, seorang teman penulis warga Jepun nyaris terkena `serangan jantung' dek terkejut dengan kebiadapan pemandu serta pengguna jalan raya di negara ini.
Bukan ingin memburukkan imej negara tapi penulis sendiri beberapa kali hampir diasak penunggang motosikal kala ingin melintas jalan - yang terang-terangan menunjukkan lampu hijau bagi pejalan kaki!
Selepas berkongsi cerita dengan sekumpulan rakan pelbagai kaum, dapat disimpulkan bahawa rakyat Malaysia yang menggunakan kenderaan persendirian amat kurang kesedarannya mengenai aspek keselamatan di jalan raya.
Ia langsung tiada kaitan dengan gender mahupun bangsa, agama, tahap pendidikan dan taraf sosio ekonomi seseorang. Ia semata-mata tertumpu kepada keinginan diri sendiri, sama ada mahu mengikut peraturan yang ditetapkan ataupun tidak.
Penulis tertarik dengan apa yang berlaku di Jepun. Kanak-kanak seawal usia tiga dan empat tahun diajar mengenai keselamatan jalan raya sementara golongan yang lebih berusia tahu dan faham dengan apa yang perlu dilakukan kala mula menggunakan jalan raya.
Walaupun tiada kereta, pejalan kaki di sana tetap berdiri di pinggir kaki lima dan menunggu lampu isyarat bertukar hijau. Jika perkara itu dilakukan di sini, kita dikritik segelintir individu dalam masyarakat yang menyifatkan tindakan bodoh.
"Mengapa perlu tunggu jika tiada kenderaan yang lalu-lalang?", "Lampu isyarat itu cuma untuk pemandu dan penunggang kenderaan, bukan pejalan kaki" dan segala macam lagi ungkapan cetek akal yang bakal didengari di saat kita cuba mematuhi peraturan jalan raya.
Dalam kebanyakan negara, termasuk Malaysia, peraturan lalu lintas sememangnya diajar pada usia muda tapi semakin usia meningkat dewasa, kita mula alpa dan mengabaikan peraturan itu hingga mendatangkan risiko pada diri sendiri.
Namun tidak dinafikan ada segelintir golongan nonkonformis iaitu memang sengaja enggan mematuhi peraturan dan lebih suka menentang daripada cuba berubah ke arah kebaikan.
Peraturan sepatutnya ditentang, bukan? Menurut pakar psikologi di DuPont Sustainable Solutions, Dr Rod Gutierrez, golongan yang tidak suka mematuhi peraturan ini secara umumnya mungkin mengalami masalah mental dan gangguan personaliti.
"Manusia sememangnya cenderung mengingkari apa yang sepatutnya dilakukan. Sebagai contoh, apabila diminta membuang sampah di tong yang disediakan, ramai yang membuangnya di luar tong.
"Ini dikenali sebagai psikologi songsang (reverse psychology) yang terbahagi kepada tiga prinsip utama. Jika tidak berhati-hati, ketiga-tiga prinsip itu mampu menjadi punca kemusnahan diri sendiri," katanya.
TIGA PRINSIP UTAMA
Reaktans psikologi dikenal pasti sebagai prinsip utama iaitu manusia terdorong melakukan sesuatu yang dilarang.
Apabila seseorang tidak menggalakkan kita daripada melakukan sesuatu, secara automatik kita merasakan kebebasan diri diancam yang mendorong kita untuk mendapatkan semula pilihan dan kawalan dengan melakukan perkara sebaliknya.
Eksperimen menunjukkan kanak-kanak menjadi lebih berminat dengan alat permainan selepas mereka diletakkan di bawah tekanan berterusan dan bukan tekanan ringan, jika tidak bermain dengan alatan itu.
Kita sebagai orang dewasa juga sentiasa melakukan perkara itu, contohnya memilih makanan berlemak dan menghisap rokok yang kita tahu tidak baik untuk kesihatan walaupun tertera jelas amaran pada labelnya.
Kajian klasik tidak ketinggalan menemui efek Romeo dan Juliet, yang mana lebih galak ibu bapa campur tangan atau menentang dalam hubungan romantik seseorang individu, lebih kukuh dan mendalamnya perasaan cinta dalam kalangan pasangan terbabit.
Kedua, fenomena lantunan (rebound) yang membuatkan otak berfikir cara negatif dalam mengendalikan sesuatu perkara.
Apabila seseorang memberitahu kita jangan berfikir mengenai sesuatu perkara, minda kita terus ligat mencari cara lain yang lebih nakal atau negatif untuk kembali memikirkannya.
Dalam kajian menarik dijalankan mendiang Daniel Wegner, profesor psikologi di Universiti Harvard, beberapa individu diminta jangan memikirkan mengenai beruang putih.
Sebaliknya, mereka menghabiskan masa lima minit selepas itu memikirkan beruang putih terbabit sambil mulut turut sama berfikir dan membunyikan loceng jika bercakap atau memikirkan mengenai haiwan itu.
Mereka tidak mampu lari daripada memikirkan mengenai beruang putih terbabit. Secara purata, perkara itu muncul di fikiran mereka setiap minit dan kebanyakan peserta eksperimen secara tidak sengaja menyebut `beruang putih' dengan kuat dan lebih daripada sekali.
Selepas tamatnya kekangan lima minit itu, perkara lebih buruk berlaku. Mereka berterusan memikirkannya dan ramai yang menyebut haiwan itu lebih daripada tiga kali.
Apabila pemikiran kita cuba disekat, dua perkara pasti berlaku. Kesan produktifnya apabila kita sedar dan cuba mencari pemikiran yang tidak membabitkan beruang putih.
Kesan tidak produktif pula berlaku apabila kita tidak sedar dalam memantau kegagalan. Sesekali minda kita juga cuba lari daripada imej haiwan berbulu kusam yang mungkin kita rasakan sebenarnya ia beruang kutub - dan bukannya beruang putih. Ketiga, wujud rasa ingin tahu yang lazimnya menjurus ke arah kesan negatif. Apabila tingkah laku kita dilarang atau tidak digalakkan, sukar untuk menjauhkan diri daripada melakukannya.
Secara automatik, kita lebih mudah tertarik apabila dilarang melakukan sesuatu. Memetik kata-kata dua beradik, Chip dan Dan Heath dalam buku mereka, Made to Stick, ia seperti rasa gatal yang perlu sentiasa digaru.
"Sebagai contoh, eksperimen mendedahkan bahawa manusia cenderung menonton rancangan televisyen berunsurkan keganasan dan bermain permainan video ganas apabila adanya label amaran.
"Ada banyak contoh buku menjadi lebih popular selepas ia diharamkan," katanya.
PADAH PADA DIRI
Berbalik kepada mematuhi peraturan lalu lintas itu, ketahanan mental pada diri terlebih dulu memainkan peranan dalam menentukan tindakan kita selanjutnya.
Seperti nasihat yang dititipkan Chip dan Dan, tanya pada diri sama ada ia benar-benar idea buruk atau tidak jika kita cuba menentang saranan juga amaran yang diberikan.
Jangan salahkan pemandu atau pengguna jalan raya lain jika mereka tidak mematuhi peraturan lalu lintas kerana kita juga ada masanya - mungkin kerap - melanggar peraturan ketika memandu.
Bagaimanapun, tidak semua tentangan itu memberi keburukan pada diri tapi hakikatnya lebih banyak keburukan daripada kebaikannya.
Mungkin kita cuma berusaha berjuang untuk kebebasan diri atau sekadar rasa gatal untuk digaru. Apa saja yang kita lakukan jangan cuba mengelak daripada tidak memikirkannya.
Oleh Nor Faizah Mohamed
~ Harian Metro

Tag :
Rencana
0 Komentar untuk "Apa guna lampu isyarat!"