Kanak-kanak ramai maut di jalan raya
Ada benarnya kata pepatah. Jika hendak melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Jika hendak mengasuh insan biarlah pada usia kecilnya. Anak adalah anugerah Tuhan yang lahirnya bak kain putih lalu ibu bapalah bertanggungjawab mencorakkannya.
Kala usia meningkat, guru dan orang sekeliling tidak terkecuali turut menambah rona pada kain putih itu sekali gus menentukan hala tuju serta perkembangan peribadi individu terbabit.
Perkara sama perlu dilakukan apabila membabitkan aspek kesedaran di jalan raya. Majoriti generasi hari ini hanya sedar mengenai keselamatan di jalan raya apabila mengikuti kelas memandu dan seakan-akan lupa selepas smenerima kelayakan lesen.
Beberapa kempen kesedaran dilakukan Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (JKJR) dengan bantuan beberapa badan korporat, tapi masih ramai yang tidak ambil tahu atau langsung tidak peduli dengan perkara itu.
Hakikatnya, kesedaran itu perlu disemai sejak kecil agar pembinaan sahsiah diri dapat dibentuk sebelum diri mula tegar untuk mematuhi peraturan sama ada di jalan raya atau dalam kehidupan seharian.
Atas kesedaran itu, UMW Toyota Motor menyahut cabaran selaku salah satu badan korporat yang berusaha mempromosikan aspek keselamatan jalan raya dalam kalangan kanak-kanak.
Program dikenali Toyota Traffic Tots itu adalah kesinambungan kempen tahun lalu yang mendapat kerjasama JKJR dan institusi pendidikan Smart Reader dengan mengetengahkan aspek tambahan yang perlu dipraktikkan ketika di jalan raya.
Program ini diadakan secara interaktif bagi memberi pendidikan serta hiburan kepada kanak-kanak terbabit. Modul pengajaran diisi pelbagai aktiviti ilmu menyeronokkan menggunakan poster bermacam warna dan kad imbas, sambil diselangi nyanyian mudah.
Dengan bertambahnya kes kecederaan dan maut dalam kalangan kanak-kanak di jalan raya, UMW Toyota Motor segera mengambil tindakan bagi mengurangkan statistiknya.
Kajian terkini dijalankan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya mendapati 40 peratus pejalan kaki yang menjadi mangsa adalah kanak-kanak berusia enam hingga 10 tahun, dengan sekurang-kurangnya 40 peratus daripada mereka terbunuh atau cedera parah.
Pegawai Eksekutif Divisyen Pemasaran Hal Ehwal Luar UMW Toyota Motor, Siti Mariam Daud, menyifatkan kempen seperti ini memberi penekanan berterusan dalam keluarga peserta mengenai pentingnya keselamatan di jalan raya.
"Program Toyota Traffic Tots ini hanya fokus kepada kanak-kanak prasekolah, justeru kami tidak dapat mengesahkan tahap kesedaran dalam kalangan generasi muda Malaysia secara amnya.
"Bagaimanapun, maklum balas berdasarkan soal kaji selidik daripada Smart Reader Kids Centres amat menggalakkan di mana pelajar yang terdedah kepada program ini menunjukkan perkembangan positif. Ini menggambarkan khalayak sasaran kami berjaya mendapat kesedaran akan pentingnya keselamatan jalan raya serta dapat menjadi pengguna jalan raya (pejalan kaki serta penumpang) yang lebih berhemah dan selamat.
"Kami percaya usaha murni harus ditanam sejak kecil agar impaknya berkekalan. Khalayak sasaran kami di peringkat usia yang sangat bertepatan kerana mereka berkeupayaan untuk memahami subjek yang cuba disampaikan.
"Mereka juga diharapkan dapat membantu mempengaruhi ibu bapa dan keluarga masing-masing dengan mempraktikkan apa yang dipelajari daripada program Toyota Traffic Tots ini. Justeru, aspek praktikal dipercayai akan berkekalan sehingga mereka dewasa," katanya.
Tambahnya, UMW Toyota Motor percaya kejayaan program ini banyak bergantung kepada pembabitan ibu bapa. Pembelajaran di sekolah akan berterusan di rumah, justeru amat penting bagi ibu bapa untuk mendapat lebih banyak pengetahuan mengenai keselamatan jalan raya.
Dalam program ini, ibu bapa digalakkan membantu anak mereka dengan lembaran kerja di samping membantu dalam pertandingan menulis ikrar.
HILANG WARAS PEGANG STERENG
Memandu secara gopoh, memberhentikan kereta sesuka hati, parkir di bukan tempat sepatutnya, tidak memberi lampu tanda ketika masuk simpang, melintas sesuka hati dan bermacam lagi perkara negatif dikaitkan dengan tabiat masyarakat negara ini apabila berada di jalan raya.
Golongan muda dikatakan lebih semberono dan seakan-akan enggan mematuhi langsung peraturan yang ditetapkan.
Bagi eksekutif perhubungan awam dan pengiklanan, Aliff Hazwan, 25, tidak dinafikan masyarakat Malaysia ramai yang mengamalkan budaya ketimuran dalam kehidupan harian, tapi berubah sejurus berada di jalan raya.
"Ia seperti satu fahaman universal, apabila berada di jalan raya, terutama sebagai pemandu, kita perlu bersikap lebih agresif bagi mengelakkan diri daripada kejadian tidak diingini. Ia seakan-akan survival di jalan raya.
"Tapi hakikatnya ia cuma memberi lebih banyak keburukan daripada kebaikan. Saya pernah terbabit dalam kemalangan kenderaan berpunca daripada pemandu yang enggan mengikuti peraturan jalan raya. Ia membuatkan saya lebih berhati-hati memandu selepas itu," katanya.
Goh Li Ling, 23, pula menyifatkan hampir semua golongan di negara ini yang tidak begitu sedar atau tidak mahu ambil tahu mengenai peraturan di jalan raya.
"Generasi muda dikatakan tidak cekap memandu dan suka melanggar peraturan sedangkan kesedaran mengenai perkara itu bukanlah disebabkan faktor usia tapi keperibadian seseorang individu.
"Saya tidak setuju apabila golongan muda dilabel pemandu atau pengguna tidak berhemah kerana ramai juga generasi sebelum kami yang tidak mematuhi peraturan.
"Tidak semestinya lelaki atau wanita muda yang memandu laju itu boleh terus dianggap melanggar peraturan sementara golongan lebih tua yang memandu perlahan itu dikatakan pemandu berhemah.
"Wujud juga stereotaip yang meletakkan wanita sebagai pemandu kurang berhemah dan tidak tahu peraturan jalan raya. Lelaki pula memandu secara melulu dan tidak sabar.
"Itu sebenarnya lebih kepada karakter individu terbabit, bukannya disebabkan faktor gender, bangsa dan beberapa perkara remeh lain.
"Apa yang penting, masing-masing perlu sedar mengenai tanggungjawab di jalan raya dan tidak hanya memikirkan kepentingan diri sendiri," ujarnya.
Kes buli di jalan raya yang banyak dilaporkan sejak akhir-akhir ini turut membuatkan Li Ling lebih waspada ketika memandu terutama pada waktu malam.
Sementara itu, tiga kali gagal ketika cuba mendapatkan lesen memandu beberapa tahun lalu membuatkan Yvonne Lwee, 25, lebih cermat dan berhati-hati ketika menggunakan jalan raya.
"Dengan keadaan dan tabiat pemandu yang kurang mematuhi peraturan jalan raya ketika ini, saya perlu beri perhatian ekstra dan sentiasa waspada apabila memandu.
"Jadi saya jarang memandu sendiri dan lebih suka berkongsi kenderaan dengan rakan. Ia bukan saja lebih mudah malah membantu mengurangkan kesesakan jalan raya," katanya.
Majalah Metro

Tag :
Keibubapaan
0 Komentar untuk "Kanak-kanak ramai maut di jalan raya"