Sarapan kalori
Bersarapan memang penting untuk memulakan rutin harian, namun harus berhati-hati memilih makanan. Perhatikan enam jenis sarapan yang sering kali `digilai' masyarakat kita.
Memang tidak ada salahnya jika anda menjengah di kedai makan kegemaran untuk mendapatkan sarapan pagi. Sehinggakan, tauke kedai berkenaan sudah `masak' menu anda.
Bagaimanapun, setiap daripada kita harus pastikan menu yang dipilih mengikut keperluan pengambilan makanan harian. Ia harus selaras dengan kadar usia, jantina dan tenaga seseorang itu. Lihat ke dalam cermin, anda melihat diri sudah kurus. Akan tetapi, ia tidak menjamin anda terhindar daripada sebarang penyakit.
Ingatlah bahawa penyakit sama ada serius atau sebaliknya tidak memilih individu kurus atau gemuk. Cuba ingat semula makanan apa yang diambil setiap hari.
Menurut kajian, penyakit mudah menyerang badan manusia berpunca daripada makanan yang diambil. Betul atau tidak, pastikan diri memilih makanan berkhasiat.
ROTI CANAI
Antara sarapan pagi yang menjadi pilihan utama rakyat di negara ini. Tiba saja waktu sarapan, antara jam 7 hingga 10 pagi, pasti ramai yang pilih sajian ini kerana cepat, ringkas dan mudah untuk disediakan.
Makan memang sedap, tapi jangan terkejut sekiranya penulis mengatakan sekeping roti canai mengandungi 300 kalori. Sudah semestinya, lebih tinggi kalori maka lebih banyak yang perlu anda bakar. Bayangkan anda perlu menghabiskan masa selama 90 minit berlari untuk membakar semula `dua keping' roti canai. Sanggup?
Sekiranya anda peminat tegar roti canai, jangan rasa kecewa dengan perkhabaran ini kerana anda boleh memilih tosai atau capati sebagai ganti. Kedua-duanya mengandungi lemak dan minyak yang sedikit.
NASI LEMAK
Nasi lemak adalah makanan tradisional Melayu yang berasal dari Semenanjung Malaysia sejak zaman nenek moyang lagi. Ia terkenal sehingga ke hari ini dan menjadi makanan rutin harian tanpa mengira pagi, petang ataupun malam.
Nama nasi lemak diambil kerana makanan ini menggunakan santan dalam nasi yang membuatkan ia berlemak. Kebiasaannya, dihidangkan dengan telur, timun, sambal ikan bilis dan kacang goreng. Memang membangkitkan selera!
Justeru, nasi lemak semakin mengecap populariti di Malaysia dan Pantai Timur Sumatera. Di Jakarta pula, hidangan ini dikenali sebagai nasi uduk. Sementara di Jawa Tengah, ia menggunakan nama liwet atau nasi liwet manakala Aceh juga ada hidangan yang sama dipanggil nasi gurih.
Kini, nasi lemak semakin moden terutama pengubahsuaian lauk-pauknya. Ada yang menambah selera dengan ayam goreng, daging, hati dan ikan. Ini membuatkan nasi lemak diterima umum.
Walaupun ia makanan kegemaran rakyat Malaysia, kalori yang terkandung sangat tinggi. Sebungkus nasi lemak sahaja sudah mencapai 390 kalori dan mustahil anda tidak menambah lauk yang lain.
Jadi, hidangan lengkap di atas pinggan anda adalah lebih kurang berjumlah 450-500 kalori. Ini belum termasuk lagi ayam goreng (240 kalori) mahupun sambal sotong (170 kalori).
Anda masih boleh menikmati nasi lemak tetapi kurangkan campurannya. Untuk lebih mudah, anda masak sendiri nasi lemak tanpa guna santan dan lebihkan sayur-sayuran sebagai tambahan.
KUIH MUIH, MI BERKUAH
Kuih-muih seperti karipap, donat, tepung pelita dan sebagainya mengandungi kandungan gula dan kalori tinggi. Sebiji kuih bersaiz hidangan seberat 99 gram mengandungi kalori 144.
Bagi anda yang gemarkan donat dengan aising atau coklat di atasnya, ia mengandungi lebih kurang 200 kalori. Jika anda memang sudah biasa bersarapan roti, boleh cuba roti `wholemeal' kerana rendah kalori.
Begitu juga hidangan mi berkuah yang memang begitu menyelerakan ketika bersarapan. Tapi perlu tahu bahawa ia mengandungi 500 kalori dalam satu hidangan. Jika ingin mengambilnya, gantikan dengan mi sup yang cuma mengandungi 380 kalori.
TEH TARIK
Sudah tentu teh tarik yang lebih pekat atau `kaw' lebih enak untuk dinikmati ketika bersarapan. Susu penuh krim adalah penyumbang utama minuman anda menjadi lebih sedap. Sebenarnya, susu pekat tidak elok untuk kesihatan anda.
Satu sudu pekat manis biasanya mengandungi 60 kalori. Oleh demikian, anda boleh menggantikannya dengan mengurangkan kandungan lemak atau rendah lemak.
BURGER
Makanan ini turut menjadi pilihan sesetengah anak muda terutama yang tak takut gemuk. Burger mengandungi kalori yang tinggi.
Satu hidangan burger biasanya ada 475 kalori.
Tanpa keju, sos cili, mayonis, telur dan pelbagai sos lagi tidak dapat membangkitkan selera makan. Sedangkan, suku cawan mayonis mengandungi 360 kalori (40 gram lemak).
Pun begitu, jika anda adalah peminat burger boleh sediakannya sendiri kerana tahu apa yang boleh lakukan untuk kurangkan kalori.
Misalnya perbanyakkan salad dalam sajian itu.
Kesimpulannya, makanan apa sekalipun yang anda pilih perlulah fikir dan beringat sebelum anda terpaksa diusung ke katil hospital. Selain menjadikan usia muda sebagai langkah awal bagi menghindari diri daripada terkena penyakit serius. Apabila tua, ia sudah terlambat.
KOMEN RAKAN PEMBACA
SARAPAN UNTUK FOKUS
Muhammad Fikri Sulaiman, Kuala Lumpur
Penolong Pegawai Belia dan Sukan
"Antara menu kegemaran setiap kali bersarapan adalah roti canai. Walaupun tahu makanan ini mengandungi minyak yang tinggi terutama kuah yang dibuat daripada kari, ia memang menyelerakan ketika dinikmati.
"Namun begitu, saya hanya mengambil sekali sekala, bimbang jika berat badan bertambah. Selalunya hanya ambil minuman milo panas dan kuih pau sebagai pemula hari kerana tanpa sarapan pagi, saya tidak boleh fokus semasa bekerja.
"Ada satu kedai makan atau medan selera yang dekat dengan tempat kerja. Kedai berkenaan sering mendapat kunjungan ramai pelanggan.
"Saya suka makan di sana kerana terdapat pelbagai jenis lauk. Ia ikut selera tekak masing-masing. Kedai ini dipanggil sebagai `kedai mak' kerana pemiliknya membahasakan diri sebagai mak dan dia pula memanggil pelanggan dengan gelaran `nak'.
"Jadi disebabkan itu, saya selalu ke sana untuk bersarapan dan makan tengah hari.
Tapi ada ketikanya kalau banyak kerja hanya beli dan bungkus untuk dibawa pulang ke pejabat," katanya.
MENU WAJIB
Shikin Megat Fazlan, 25,
Perak
Pekerja swasta
"Nasi lemak paling saya suka kerana sedap dan menyelerakan. Walaupun begitu, saya sedar berat semakin bertambah apabila selalu sangat makan nasi lemak. Tetapi saya pastikan ketika waktu malam tidak mengambil makanan berat. Begitu juga semasa makan tengah hari. Sentiasa kawal pengambilan makanan yang diambil.
"Pernah juga rakan dan adik-beradik menegur berat semakin bertambah. Jadi, saya cuba kurangkan tabiat makan nasi lemak dengan menu lain.
"Kadang-kadang saya akan bersarapan di rumah sebelum keluar ke tempat kerja. Ada juga saya membawa bekal nasi lemak. Boleh dikatakan nasi lemak dan saya tak boleh dipisahkan. Bahkan kini, mencuba membuat nasi lemak sendiri di rumah dengan menggunakan resipi emak," katanya.
Oleh Nurul Halifah Hamiruddin

Tag :
Diet dan Nutrisi
0 Komentar untuk "Makanan yang tinggi kalori ketika sarapan"