Gemuk/kitaran haid tidak teratur punca PCOS?

Gemuk/kitaran haid tidak teratur punca PCOS?

PCOS(Polycystic Ovarian Syndromeatau Sindrom Ovari Polisistik) adalah penyakit hormon yang melibatkan sistem reproduktif wanita ketika masih berada dalam umur kesuburan mereka.

Ketidakseimbangan hormon tumbesaran folikel terbantut dan gagal mengeluarkan telur  dan terkumpul dalam ovari.Lama-kelamaan membangkitkan simptom-simptom seperti kegemukan, kitaran haid yang tidak teratur,ketidaksuburan,keguguran berulang,Hirsutisme ( pertumbuhan rambut yang berlebihan pada wanita)malahan kemurungan. Sekiranya tidak berjumpa dengan doktor untuk perawatan,maka akan memburukkan lagi keadaan yang mana mengakibatkan ketidaksuburan atau keguguran berulang, malah mengalami kanser ovari atau kanser serviks semasa tempoh menopause jika keadaan bertambah kritikal.

Sekiranya ibu mengalami PCOS maka anak perempuan berisiko 20-30% dalam mengalami penyakit yang sama. Selain itu, golongan wanita yang mempunyai penyakit keturunan keluarga seperti kencing manis jenis 2,tekanan darah tinggi dan sakit jantung juga berisiko tinggi dalam mengalami PCOS.

Menurut Dr Hng, embrio mempunyai sejumlah 400-500 juta ovum dalam kedua-dua ovary dan setiap ovum dikelilingi oleh lapisan sel yang mana akan menjadi folikel-folikel. Selepas akil baligh,folikel akan mengurang sehingga 30-50 juta dan hanya 400-500 biji akan dibebaskan melalui ovulasi dalam sepanjang hayat seseorang wanita.

 “Ovulasi yang normal akan berlaku pada setiap bulan, dan hormon LH dan FSH adalah penting dalam bertangggungjawab terhadap pembentukkan telur dalam Rahim. Namun,ketidakseimbangan kedua-dua hormon ini akan menyebabkan ovulasi terhalang,akhirnya folikel-foikel terkumpul dalam ovari dan terjadi PCOS.”

Penghidap sakitjantung berisiko tinggi
 Dr Hng berkata,antara factor yang menyebabkan ketidakseimbangan adalah genetic,kencing manis,tekanan,tabiat pemakanan yang tidak sihat dan kegemukan. “Sekiranya ibu menghidapi PCOS,maka anak perempuan mempunyai risiko 20-30% dalam mengalami PCOS.

 Di samping itu,wanita yang mengalami kencing manis jenis 2,hipertensi dan sakit jantung juga berisiko dalam menghidapi PCOS. Ini disebabkan insulin yang berpekatan tinggi akan merangsang sel-sel folikel dan membebaskan lebihan hormone lelaki,seterusnya merangsang kelenjar pituitari untuk mengeluarkan hormon LH,akhirnya mengakibatkan anovulasi(tidak bertelur),penghentian haid dan ketidaksuburan.”

“Tekanan juga merupakan punca kepada PCOS yang mana pembuluh darah sistem pembiakan akan menguncup dan menyebabkan ketakseimbangan hormon. Maka masalah penghentian haid,kitaran haid berpanjangan atau anovulasi akan terbangkit,malah keguguranakan berlaku jika dalam keadaan kritikal. Selain itu,semasa badan kami menanggung tekanan yang terlebih,sistem pencernaan,emosi,sistem keimunan,keingatan dan fungsi sistem pembiakan turut terjejas. ” ujar Dr Hng.

 “Golongan yang terlebih makan dan kurang senaman juga akan mengalami PCOS disebabkan kadar metabolisme yang menurun. Kegemukan akan mengurangkan hormon ekstrogen dan terjadi anovulasi ekoran PCOS. Ini disebabkan tisu adipos akan mengubahkan hormon ekstrogen kepada hormon lelaki,jadi golongan wanita yang terlebih berat badan biasanya akan terjadi sifat kelelakian,kitaran haid yang tidak teratur.Cara penyelesaian yang utama ialah penurunan berat badan.”

Dr Hng mengingati golongan wanita yang tidak berniat beranak, jangan abaikan masalah PCOS yang mana ia bukan sahaja mengakibatkan ketidak suburan bahkan juga terjadi kanser. “Ini kerana tanpa ovulasi menyebabkan hormon tidak dapat berfungsi dengan baik yang mana ovum tertinggal dalam ovari,akhirnya terjadi kanser ovari. ”

”Di samping itu, atas sebab penghidap PCOS tidak kedatangan haid,endometrium tidak terkeluar juga menyebabkan penghidap berisiko dalam mengalami kanser uterus. 

0 Komentar untuk "Gemuk/kitaran haid tidak teratur punca PCOS?"
Back To Top