Adakah saiz zakar penting?

Adakah saiz zakar penting?

Saya ada sedikit masalah berkaitan alat kemaluan apabila ia menjadi pendek sedikit berbanding dulu. Mungkin disebabkan saya kuat beronani.

Sebelum ini saya terbaca dalam artikel mengenai alat yang boleh memanjangkan kembali alat kelamin. Bagaimana untuk mendapatkan alat itu? Saya khuatir akan terdedah kepada penipuan jika dibeli melalui Internet.

---------------

Jawapan: Isu saiz dan bentuk anggota kelamin lelaki sudah banyak kali dibicarakan dan ia memang tajuk digemari, terutama lelaki macam anda.

Ramai lelaki tidak sedar anggota kelamin yang kerap digunakan sedikit sebanyak dapat menyegarkan dan membuatkan ia kelihatan besar.

Namun, apabila jarang atau menghindarkan amalan onani, dimensi zakar berubah dan tak macam dulu. Ia kelihatan kecil dan layu.

Jika mahukan zakar kembali segar dan kelihatan besar, anda tak perlu lakukan perkara yang boleh menjejaskan kesihatan zakar seperti menyentap, menggunakan pam atau menjalani suntikan zakar yang kini menjadi pilihan sebilangan lelaki yang kemudian menyesali perbuatan itu.

Ini kerana ia boleh merosakkan zakar. Anda boleh cuba pendekatan Imam AlNawawi yang mencadangkan belaian zakar untuk tujuan menyegarkan zakar (jangan salah faham, ini bukan amalan onani yang biasa dikaitkan dengan belaian zakar) secara berkala dengan ramuan minyak yang beliau ketengahkan.

Teknik membelai zakar memang logik dari segi menyegarkannya jika dilakukan secara tetap dan jika bahan digunakan dirumus daripada ramuan berkualiti, tentu ia memberi kesan positif kepada kesejahteraan zakar.

Atas dasar itu, saya cadangkan lelaki yang mendapati zakar mereka kurang cergas, kelihatan kecut dan tidak bermaya supaya mengamalkan pendekatan Imam AlNawawi dengan membelai penghujung zakar (bahagian yang mengandungi tisu pengembang yang lembut, penuh dengan pembuluh darah dan urat saraf) secara tetap.

Dalam masa sama, lakukan senaman kemut serentak (senaman kemut dapat melancarkan pergerakan darah keseluruhan zakar dan penghujung zakar selain memantapkan otot lantai pelvis).

Anda boleh dapat gambaran ini dalam You Tube:XGENE atau maklumat dari xgenemarketing@ gmail.com Berbalik kepada cara membesarkan zakar, cara terbaik ialah menguruskan badan (bahagian yang terbenam akan kelihatan kembali) atau anda lakukan teknik menyegarkan zakar ala Imam AnNawawi yang saya jelaskan tadi.

Jika masih mahukan saiz yang lebih, anda perlu tahu anggota kelamin itu bukan untuk pertarungan. Ia bukan senjata, tapi alat penghubung silaturahim dengan pasangan.

Bayangkan faraj wanita hanya bersaiz enam sentimeter (sm), tentu ereksi melebihi 10sm ketika erek adalah mencukupi. Jika ereksi kecil iaitu kurang 9sm, anda boleh mencuba kaedah regangan otot zakar dengan alat regangan otot zakar tulen.

Bagaimanapun, anda perlu jalani pemeriksaan dengan doktor untuk pengesahan saiz zakar bagi tujuan pemasangan alat itu.

Ini kerana biarpun ada gambar dibekalkan dalam pakej yang melihatkan penggunaannya kelihatan mudah, ia masih tidak tepat.

Oleh Dr Ismail Thamby

Tag : Seksologi
0 Komentar untuk "Adakah saiz zakar penting?"
Back To Top