Anda bakal diserang Stroke jika tidak...

Anda bakal diserang Stroke jika tidak

1. Memantau Bacaan Tekanan Darah ~ Kita mesti sentiasa tahu keadaan tekanan darah. Bacaan normal untuk orang yang sihat adalah 120/80. Jika anda terlebih atau terkurang cepat-cepat berjumpa pakar untuk pemeriksaan lebih lanjut.

2. Tahap Kolestrol Perlu Seimbang ~ Badan kita juga memerlukan kolestrol kerana ia berkait rapat dengan penghasilan hormon dan membantu organ-organ penting untuk berfungsi. Tetapi kolestrol yang berlebihan akan menyebabkan saluran darah tersumbat. Bacaan normal untuk kolestrol adalah 200. Perlu waspada jika bacaan melebihi 200 dan perlu dirujuk ke pakar.

3. Buang Tabiat Merokok ~ Merokok menyebabkan oksigen kurang di dalam darah maka jantung tidak mampu mengepam secukupnya untuk dihantar ke otak. Bukan itu sahaja, kandungan nikotin boleh merosakkan saluran darah dan mempercepatkan arteri untuk tersumbat.

4. Kurangkan Ambil Garam ~ Kurangkan garam dan lemak dalam diet pemakanan boleh merendah bacaan tekanan darah kita.

5. Kawal Bacaan Diabetes ~ Pesakit diabetes mempunyai kandungan glukosa yang tinggi dalam darah yang boleh membawa kepada serangan stroke.

6. Jangan ambil minuman Alkohol ~ Alkohol boleh menyebabkan kepada serangan stroke. Jauhi diri anda daripada minum alkohol. Itu lebih baik.

7. Selalu Bersenam ~ Cara yang paling mudah dan senang dilakukan iaitu selalu bersenam ataupun melakukan senaman seperti berjalan kaki. Apa-apa senaman yang dilakukan asalkan berpeluh dan menyihatkan.

Kebanyakan penyakit yang kritikal ataupun serius dipengaruhi oleh cara pemakanan dan gaya hidup kita sendiri. Banyak perkara yang kita boleh elakkan ataupun cegah jika kita mengamalkan cara hidup yang sihat.

Sumber: Facebook UNIKL


0 Komentar untuk "Anda bakal diserang Stroke jika tidak..."
Back To Top