Vaksin Denggi Buatan Perancis Diguna Di Malaysia Pertengahan 2015

Vaksin Denggi Buatan Perancis Diguna Di Malaysia Pertengahan 2015

Kementerian Kesihatan dijangka memperoleh satu lagi vaksin bagi menentang demam denggi pada pertengahan tahun ini dan kali ini yang dihasilkan Perancis.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata vaksin itu juga akan digunakan negara anggota Asean lain.

"Di Malaysia, vaksin ini diberi secara percuma kepada orang ramai," katanya kepada pemberita selepas melancarkan satu produk kecantikan.

Beliau berkata sejak setahun lepas hingga semalam, 16,444 kes denggi, dengan 44 kematian, direkodkan di negara ini, berbanding 1,329 kes dengan 16 kematian dalam tempoh sama sebelumnya.

Selangor mencatat jumlah kes tertinggi, diikuti Perak.

Tag : Berita
0 Komentar untuk "Vaksin Denggi Buatan Perancis Diguna Di Malaysia Pertengahan 2015"
Back To Top