Ajaib! Pulih daripada amnesia selepas dakap adik

Ajaib! Pulih daripada amnesia selepas dakap adik

DEVON, Britain – Seperti satu keajaiban apabila seorang remaja perempuan di sini kembali pulih daripada penyakit amnesia yang dihidapinya selepas dipeluk adik lelakinya.

Remaja tersebut, Chloe Inman, 16, menderita kehilangan memori hampir dua tahun lalu apabila melakukan rawatan mengeluarkan cecair dari tulang belakangnya.

Doktor serta ibu bapanya telah mencuba pelbagai cara untuk memulihkan ingatan Inman, namun remaja tersebut masih gagal untuk mengenal keluarga, kawan-kawan mahupun dirinya sendiri.

Chloe Inman

“Ia suatu detik yang sukar apabila hilang seluruh kehidupan saya,” katanya.

Namun, semuanya berubah apabila dia dipeluk oleh adik lelakinya, Caleb, 7, yang pada waktu itu datang ke biliknya baru-baru ini.

Inman memberitahu, sebaik Caleb memeluknya, ingatan terhadap keluarganya kembali pulih seperti sediakala. – AGENSI

Tag : Kisah Benar
0 Komentar untuk "Ajaib! Pulih daripada amnesia selepas dakap adik"
Back To Top