Harga Petrol, Diesel Terkini: Naik 25 Sen (1 Mac 2015)

Harga Petrol, Diesel Terkini: Naik 25 Sen (1 Mac 2015)

Harga diesel dan petrol naik sebanyak 25 sen seliter mulai 1 Mac, demikian umum Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menerusi kenyataan pada Sabtu.

Harga baharu petrol RON95 ialah RM1.95 seliter (naik dari RM1.70), RON97 kini berharga RM2.25 seliter (dari RM2) dan diesel naik pada harga RM1.95 seliter (naik dari RM1.70).

Kenaikan ini berikutan keputusan kerajaan pada 21 November 2014 memutuskan bahawa penetapan harga runcit RON95 dan diesel adalah mengikut kaedah pengapungan terkawal bermula 1 Disember 2014.

Tag : Isu Semasa
0 Komentar untuk "Harga Petrol, Diesel Terkini: Naik 25 Sen (1 Mac 2015)"
Back To Top