Kesian! Kucing dicat warna pink mati jilat bulu

Kesian! Kucing dicat warna pink mati jilat bulu

Seekor kucing yang dicat dengan pewarna merah jambu dilaporkan mati selepas menjilat bulunya sendiri.

Menurut Metro.uk, kucing tersebut dibawa tuannya, Lena Lenina ke majlis 'Pretty in Pink Party' yang mewajibkan semua hadirin berpakaian berwarna pink, termasuk haiwan peliharaan.

Lenina dikecam namun mempertahankan tindakannya bahawa cat yang digunakan adalah saranan dari doktor haiwan beliau.


Berdasarkan sebuah laporan, kucing tersebut mati kerana keracunan toksik yang disebabkan oleh pewarna berkenaan.

Sebuah petisyen atas talian telah dibuat oleh orang ramai supaya perbuatan Lenina dihukum.

0 Komentar untuk "Kesian! Kucing dicat warna pink mati jilat bulu"
Back To Top