Bersyukur atas nikmat Allah
Daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda:
Rasulullah SAW bersabda, mafhumnya: "Sesungguhnya apabila Allah SWT mengurniakan sesuatu nikmat kepada hamba-Nya, Dia suka melihat kesan nikmat yang dikurniakan itu. Allah SWT benci melihat orang yang menzahirkan kefakiran dan orang yang meminta-minta serta Allah SWT mengasihi orang yang bersifat malu dan memelihara kehormatan." (Riwayat Baihaqi)
Huraian:
- Setiap manusia mempunyai pelbagai bentuk nikmat kurniaan Allah sama ada dari sudut kesihatan, penglihatan, pendengaran, kekayaan dan kebijaksanaan.
Oleh itu, sebagai menunjukkan kesyukuran, sewajarnya nikmat itu digunakan sebaik-baiknya dengan menggandakan usaha ke arah kebaikan diri, agama, bangsa mahupun negara.
- Menzahirkan kefakiran dan bersikap suka meminta-minta adalah antara sifat orang yang kufur nikmat kerana dia tidak memanfaatkan nikmat sedia ada untuk berusaha dan berikhtiar mengubah nasibnya.
Malah, cara ini sebenarnya menunjukkan dia tidak mempunyai perasaan malu, sekali gus merendahkan maruah dirinya sendiri.
- Malu adalah satu daripada cabang iman. Pengertiannya menurut syarak ialah perasaan mendesak seseorang itu supaya menghindarkan segala yang keji dan melaksanakan segala terpuji.
Sumbernya adalah daripada hati atau jiwa yang sedar mengenai pengawasan Allah atas gerak-geri yang menyebabkan dia terpelihara zahir dan batin daripada perbuatan dan unsur yang mengundang kemurkaan Allah.

Tag :
Renungan
0 Komentar untuk "Bersyukur atas nikmat Allah"