Membeli harta lelongan
PENGISYTIHARAN jualan ("proclamation of sale") lazimnya boleh dijumpai di dalam surat khabar atau papan notis di mahkamah tinggi. Terdapat juga iklan-iklan mengenai lelongan yang dikeluarkan oleh institusi kewangan sendiri.
Terdapat tiga jenis lelong awam yang sering dilakukan, iaitu:
* Lelongan mahkamah;
* Lelongan pejabat tanah;
* Lelongan oleh institusi kewangan yang dijalankan di lokasi yang ditetapkan.
Orang awam yang berminat untuk membida perlulah mendaftar nama mereka terlebih dahulu. Kemudian pembida perlu menyediakan deposit sebanyak 10 peratus daripada harga rizab yang ditetapkan oleh mahkamah. Deposit ini disediakan dalam bentuk bank draf atau cek bank. Nama penerima adalah nama institusi yang mendapatkan perintah lelongan tersebut. Contohnya, cek ditulis ke atas nama Bank X jika perintah lelongan tersebut diberikan kepada Bank X oleh mahkamah berikutan kegagalan pelanggan mereka melangsaikan bayaran seperti yang telah dipersetujui dan ditetapkan. Pembida yang Berjaya lazimnya mempunyai masa selama 90 hingga 120 hari bagi menjelaskan bayaran penuh.
Sebelum seseorang membuat keputusan untuk membeli hartanah yang dilelong, terdapat beberapa perkara yang perlu dipertimbang terlebih dahulu. Adalah lebih baik jika hartanah yang akan dilelong diperiksa terlebih dahulu bagi memastikan keadaan sebenar hartanah tersebut dan juga keadaan sekeliling. Anda perlu memastikan:
* Hartanah tersebut masih dihuni lagi atau tidak
Jika rumah tersebut masih lagi dihuni dan penghuni tersebut enggan mengosongkan rumah, pembida yang berjaya dalam lelongan tersebut terpaksa membuat permohonan mahkamah bagi mendapat perintah untuk mengarahkan penghuni tersebut mengosongkan rumah. Apabila perintah tersebut sudah diberikan oleh mahkamah, pembida tersebut boleh menggunakan bantuan polis jika penghuni tersebut tetap berdegil. Penghuni tersebut tidak boleh mengambil tindakan undang-undang terhadap pembida kerana perintah mahkamah telah dikeluarkan.
* Keadaan hartanah - dalam keadaan baik atau perlu dibaiki (jika pemeriksaan dalam rumah berjaya dilakukan)
Jika hartanah tersebut perlu dibaiki, pembida yang berjaya perlu menyediakan sejumlah wang untuk menampung kos pengubahsuaian, baikpulih dan sebagainya.
* Lokasi / keadaan sekeliling hartanah
Periksa sama ada hartanah tersebut terletak di kawasan yang mempunyai:
- kemudahan asas seperti kedai, sekolah, bank, pejabat pos, hospital, taman rekreasi, balai polis dan kawasan kejiranan.
- kemudahan pengangkutan awam.
- keselamatan - sama ada hartanah terletak di kawasan yang mempunyai kadar jenayah yang tinggi, kawasan setinggan dan sebagainya.
* Status hartanah
- Hak milik kekal - bermakna anda mempunyai hak ke atas tanah tersebut untuk selamalamanya.
- Pajakan - bermakna anda hanya memiliki tanah tersebut selama tempoh pajakan, biasanya 99 tahun. Selepas tamat tempoh pajakan, hartanah tersebut hendaklah dipulangkan kepada pihak berkuasa, melainkan tempoh pajakan dilanjutkan dengan membuat bayaran premium.
- Rezab Melayu
- Terdapat bebanan ("encumbrances"), [seperti cagaran kepada bank untuk pinjaman] atau sekatan kepentingan ("restriction of interest") [seperti private caveat].
Pembida digalakkan untuk membuat carian rasmi dengan bayaran sebanyak RM50 di Pejabat Tanah yang berdekatan. Notis pengisytiharan jualan wajib untuk memasukkan maklumat, seperti jenis hartanah, gambaran hartanah, nombor geran dan lot tanah (contohnya HS(D) 17428, Bandar Serendah, Mukim...). Nombor geran dan lot tanah tersebut boleh digunakan untuk membuat carian di Pejabat Tanah.
Pembida mungkin terpaksa menanggung kos yang lebih jika hartanah tersebut mempunyai sekatan. Ini disebabkan pembida yang berjaya terpaksa membuat permohonan di mahkamah untuk membatalkan sekatan tersebut yang akan menjejaskan pemindahan hak milik atau penjualan hartanah pada masa hadapan.
Isu ini bertujuan bagi menasihatkan pengguna agar lebih berhati-hati apabilamembuat keputusan untuk membida hartanah yang dilelong.
Langkah-langkah di atas bertujuan untuk membantu pengguna dalam membuat keputusan sebelum membida.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC) di talian 03-7877 9000 atau myAduan@nccc.org.my.

Tag :
Kewangan
0 Komentar untuk "Panduan membeli harta lelongan"