Penyakit jantung: Cegah sebelum terlambat
Jantung merupakan organ penting di dalam badan Jangan biarkan penyakit jantung koronari memusnahkan hidup anda. Fungsi utama jantung ialah mengepam darah untuk membekalkan oksigen. Penyakit jantung koronari berlaku apabila kolesterol berkumpul di dalam arteri dan membentuk lemak. Timbunan lemak mengakibatkan arteri menjadi sempit. Ini boleh menjejaskan pengaliran darah ke jantung dan menjadikan jantung kekurangan oksigen dan nutrient. Penyakit jantung koronari lebih kerap berlaku di kalangan golongan tua dan empat kali ganda lebih kerap dihadapi oleh kaum lelaki berbanding kaum wanita. Selain itu ia juga berpunca akibat jangkitan atau gaya hidup tidak sihat.
Tanda-tanda serangan jantung
* Sesak nafas
* Muka kelihatan pucat
* Berpeluh
* Berasa sejuk walaupun persekitaran panas
* Pening kepala
* Berasa loya
* Boleh pitam atau pengsan
* Sakit dada berlaku apabila salah satu salur nadi jantung tersumbat sepenuhnya
Faktor risiko utama:
* Obesiti: tidak larat bergerak cergas dalam aktiviti harian
* Tekanan darah tinggi: ia boleh merosakkan arteri dan meningkatkan risiko serangan jantung
* Penyakit diabetes: menganggu pengaliran gula dalam darah
* Merokok: semakin kerap anda merokok, semakin tinggi risiko anda menghidap penyakit jantung.
* Mempunyai paras kolesterol yang tinggi di dalam darah: kawalan pemakanan yang kurang baik menghasilkan paras lemak dalam darah yang tidak normal termasuk tahap kolesterol yang tinggi.
* Kurang melakukan kegiatan fizikal
* Stres
* Pengambilan arak yang berlebihan boleh meracun otak dan hati Pencegahan
* Bersenam selalu atau sekurang-kurangnya 3 kali seminggu (20-30 minit)
* Kawal pengambilan makanan berlemak
* Cuba kekalkan berat badan yang seimbang dengan ketinggian anda
* Berhenti merokok
* Cari masa untuk beristirahat dan kawal stress
* Periksan tekanan darah anda secara berkala
* Periksa paras glukos darah dan pastikan tahap glukos darah berada paras normal
* Perika tahap kolesterol darah anda
* Buat pemeriksaan kesihatan secara berkala
* Elakkan minum arak

Tag :
Masalah Jantung
0 Komentar untuk "Penyakit jantung: Cegah sebelum terlambat"