Panduan memilih produk pembersih bayi

Tanggapan sesetengah ibu bapa bahawa produk pembersih yang menghasilkan banyak buih, lebih berkesan menghilangkan kotoran adalah satu jangkaan yang salah.

"Sebenarnya, penghasilan lebih banyak buih itu bertujuan menarik perhatian kanak-kanak. Ia menyebabakan mereka lebih leka dan gembira," jelas Dr Kin Fon.

Bagi memudahkan ibu bapa memahami produk pembersih yang sesuai untuk anak kecil, beliau menitipkan beberapa panduan ringkas dan praktikal untuk diamalkan.

* Pertama, ibu bapa perlu memainkan peranan dengan bertanya kepada pengeluar jenama pembersih mengenai kajian pemasaran sebelum dan selepas sesuatu produk itu dilancarkan. Ia bagi memudahkan ibu bapa mendapat maklumat mengenai maklum balas produk yang dikeluarkan.

* Kedua, jika ibu bapa berminat untuk membeli produk pembersih, cuba amalkan penggunaannya di kawasan khusus terlebih dulu seperti lengan dan lihat kesannya dalam tempoh dua hingga empat minggu, jika sesuai boleh menggunakannya terus.

* Ketiga, dengan mendapatkan maklumat tambahan berhubung bahan yang digunakan dalam produk berkenaan menerusi enjin carian di Internet. Ada beberapa laman sesawang khas yang membolehkan pengguna menguji komposisi bahan dalam produk tertentu secara dalam talian.

Panduan memilih produk pembersih bayi

* Berfungsi menghilangkan kotoran dan menghapuskan bakteria berbahaya.

* PH sekitar 5-6.

* Hypoallergenic.

* Meninggalkan kesan rengsa yang minimum.

* Melembapkan kulit.

* Tidak mempunyai bau yang terlalu wangi.

0 Komentar untuk "Panduan memilih produk pembersih bayi"
Back To Top