Bekas suami ingin rujuk
Saya ibu kepada dua anak lelaki remaja berusia 16 dan 19 tahun. Saya berkongsi hak penjagaan bersama bekas suami yang kini berkahwin dengan kekasih mudanya.
Saya selesa memegang status janda. Meskipun sering dihimpit lelaki yang ingin menyunting saya menjadi isteri mereka, saya serik berkahwin lagi.
Anak saya pula memahami dan tidak merungut kerana perlu tinggal bergilir-gilir bersama bapa mereka. Bekas suami sering berkunjung ke rumah untuk melawat anak meskipun bukan gilirannya.
Maklumlah dia tidak ada anak menerusi perkahwinan barunya, menyebabkan dia gemar menghabiskan masa bersama mereka.
Masalahnya, setiap kali mengambil anak, bekas suami suka melengahkan masa untuk keluar dari rumah selain meluahkan ingin merasa masakan saya.
Mulanya saya tidak kisah dan mempelawa setiap kali saya dan anak menikmati sarapan mahupun makan malam. Dia kata rindukan saya dan sukar melupakan saya.
Dalam hati berapi mendengar kata-katanya, sedangkan dia sendiri yang jatuhkan talak kepada saya tanpa belas kasihan. Dulu dia juga tinggalkan saya dan tidak menyatakan sebab dia ceraikan saya, menyebabkan saya terlalu kecewa.
Kini dia pula terhegeh-hegeh hendak menikahi saya semula atas alasan demi masa depan anak. Saya jadi geram dan berasa terdesak untuk mencari pasangan baru.
Saya tidak selesa diganggu bekas suami meskipun saya pernah mengahwininya lebih 20 tahun. Adakah tindak tanduknya boleh disifatkan gangguan seksual?
-----
Sebarang reaksi bekas suami yang membuatkan puan tidak selesa boleh disifatkan gangguan. Namun sejauh mana serius gangguan itu hanya puan boleh menilai atau memberi gambaran kepada sikapnya yang luar biasa.
Bekas suami mungkin masih menyimpan perasaan pada puan menyebabkan dia berani mengatur langkah untuk memikat puan kembali. Malah, status puan yang masih bersendiri serta penerimaan positif menyebabkan dia yakin peluang kembali bersama cerah.
Peranan puan penting untuk memaklumkan bekas suami bahawa puan tidak selesa dengan tindak-tanduknya seperti berada di rumah puan untuk tempoh lama.
Pinta bekas suami beri ruang peribadi kepada puan. Luahkan perasaan secara terbuka dan gunakan perkataan sesuai supaya bekas suami faham mesej puan.
Terangkan secara jelas persepsi puan terhadapnya dan lihat reaksi balasnya terhadap luahan itu.
Andai dia mengekalkan sikap sama serta tidak menjarakkan diri, puan nilai semula situasi andainya sikap dia keterlaluan atau tidak.
Andainya berasa sikap bekas suami ke tahap obses melampau sehingga mampu berkembang kepada agresif yang sering dihadapi individu 'gila talak', puan berhak mengambil jalan pencegahan seperti melaporkan kepada polis.

Tag :
Isu Rumahtangga
0 Komentar untuk "Bekas suami ingin rujuk, wanita rasa tidak selesa"