Masalah kesihatan pada musim panas dan jerebu
Cuaca panas dan jerebu yang melanda negara pada masa kini pastinya memberi kesan kepada kehidupan seharian seseorang. Gejala seperti loya, pening dan muntah menjadi antara kesakitan yang melanda seseorang itu sehingga mengganggu kesihatan diri.
Bagi pelajar sekolah, pastinya golongan itu mudah terdedah kepada masalah kesihatan kerana mereka kerap menjalankan aktiviti luar sama ada ke sekolah atau pulang ke rumah sedikit sebanyak memberi kesan dalam kehidupan seharian mereka.
Menurut laman rasmi MyHealth dan Bahagian Pendidikan, Kementerian Kesihatan Malaysia cuaca panas adalah tekanan fizikal kepada badan manusia.
Kesan kesihatan adalah berbagaibagai dari sederhana kepada teruk seperti strok haba, yang boleh menyebabkan maut.
Antara kesan kesihatan berkaitan cuaca panas termasuk;
- Keletihan /kelesuan akibat panas (heat fatigue)
- Pitam /pengsan akibat panas (heat syncope)
- Kekejangan akibat panas (heat cramps)
- Keletihan /kepenatan akibat panas (heat exhaustion)
- Strok akibat panas (heat stroke)
- Radang paru-paru
- Sakit tekak
- Sakit mata
- Batuk
- Selesema
Bagi pelajar, terdapat beberapa langkah yang boleh diambil bagi mengatasi masalah kesihatan pada musim panas dan jerebu ini.
- Kurangkan aktiviti fizikal di luar rumah.
- Sentiasa cuba berada di dalam bangunan.
- Jika terpaksa berada di luar, gunakan penutup hidung dan mulut yang sesuai seperti "N95" atau "P100".
- Pastikan udara di dalam rumah atau bangunan sentiasa bersih.
- Banyak minum air kosong (sekurangkurangnya lapan gelas sehari).
- Basuh tangan dan muka dengan sabun dan air bersih selepas melakukan atau menghadiri sebarang aktiviti luar.

Tag :
Penyakit Lain
0 Komentar untuk "Masalah kesihatan pada musim panas dan jerebu"